berita

Jimin BTS Dinobatkan King Of K-Pop 2019 Menewaskan Kang Daniel

August 22nd, 2019 | by Shira
Kini Trending

ANNYEONGHASEYO!!! Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan industri hiburan Korea, sudah pasti anda mengenali bintang popular pujaan ramai iaitu Park Ji Min atau lebih dikenali sebagai Jimin. Jimin merupakan salah seorang anggota kumpulan BTS yang telah menempah nama dalam dunia hiburan Korea dan juga seluruh negara.

Baru-baru ini, Jimin BTS baru sahaja dinobatkan sebagai King of K-pop 2019 dengan mendapat tempat pertama di laman King Choice yang juga merupakan satu laman web pengundian K-pop antarabangsa yang terbesar di dunia. Kemenangan ini juga membuktikan popularitinya sebagai idola kelas atasan. 

King of K-pop

Menerusi Allkpop, Jimin mendapat undian sebanyak 1, 275, 292 undian daripada peminat seluruh dunia dan sekaligus telah menewaskan penyanyi, Kang Daniel yang mendapat tempat kedua. Selain Jimin, anggota kumpulan BTS yang lain seperti V menduduki tempat ketiga, Jungkook tempat keempat dan RM mendapat tempat kelima.

Jimin BTS terkenal dengan kedudukannya sebagai salah seorang penari dan vokalis utama dalam kumpulannya. Selain mendapat tempat pertama dalam pemilihan King of K-pop, Jimin juga memenangi dalam beberapa anugerah yang lain seperti anugerah idola yang mempunyai mata menawan dalam Carta Idol, penari terbaik di Dabeme Pop dan banyak lagi.

Dikenali sebagai wajah K-Pop

Selain itu, bakat tariannya tidak dapat ditandingi dan vokalnya yang luar biasa itu mendapat perhatian dalam industri hiburan Korea. Jimin juga memperoleh sebagai frontman BTS, wajah K-pop, genius pentas, komander pentas dan sebagainya

Jimin secara rasminya telah memasuki Big Hit Entertainment pada tahun 2012 dan debut dalam kumpulan BTS bersama enam anggota yang lain iaitu RM, Jin, Sua, Jungkook, V dan J-Hope pada tahun 2013. Jimin merupakan anggota terakhir yang menjadi trainee di label rakaman itu.

Sumber: Allkpop, King Choice