berita

Jimmy Berdebar Pertama Kali Beraya Dengan Anak

August 7th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Jimmy Shanley

Sejak bergelar duda setahun yang lalu, baru kali ini Jimmy Shanley berpeluang menyambut Hari Lebaran bersama anak kesayangannya, Zahrah Rania.

Walaupun hanya dapat meluangkan masa bersama Zahrah sehingga raya kedua, namun Jimmy tetap teruja dan mengakui raya tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya.

Artikel berkaitan:

Memang kali ini lebih bermakna memandangkan saya akan beraya dengan anak saya buat kali pertama.

Kalau nak diikutkan memang agak janggal sebenarnya untuk membeli persiapan seperti baju raya untuk anak saya, tetapi saya anggap ini sebagai satu pengalaman baru. Masih lagi rasa berdebar-debar sebab ini pertama kali kami beraya berdua.

Screen-Shot-2013-08-01-at-13.25.41

Dalam masa yang sama, Jimmy melalui portal Utusan Online telah melahirkan rasa syukur kerana pihak mahkamah memberikan keadilan yang saksama kepadanya dan isteri dalam hak penjagaan anak.

Setiap minggu saya akan bersama Zahrah selama tiga hari, walaupun terdetik juga rasa rindu saya akan pastikan waktu dia bersama ibunya tidak diganggu. Soal kepayahan menjadi bapa tunggal ini tidak terlalu terasa memandangkan keluarga sentiasa membantu saya.

Menurut Jimmy lagi, dia merancang untuk membawa Zahrah pulang ke ke Ipoh, Perak bagi meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

SKIP THIS AD ×