Ini bukanlah kali pertama bapa mertua kepada Jimmy Shanley, Datuk Suhaimi memberikan kenyataan kepada media. Pada bulan Julai tahun lalu, beliau pernah menyebut bahawa tidak memaafkan Jimmy Shanley kerana malu dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh personaliti tv berkenaan.
Semalam, Datuk Suhaimi sekali lagi membidas pengacara itu dengan pelbagai kata-kata pedas melalui rancangan Melodi (10 Jun 2012) seperti yang disiarkan pada tengah hari semalam.
Kata Datuk Suhaimi, ‘Sebelum ini, memang I tak pernah keluarkan kenyataan kes Jimmy dan anak I yang dah setahun lebih berlaku. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy. Dah sampai masa I tampil berikan kenyataan yang mana Jimmy I rasa dah tak layak menjadi menantu I kerana banyak yang dia buat tuduhan memburukkan anak I.
‘Anak I dah pun failkan perceraian, jadi kalau dia dah banyak burukkan isteri dia, tak guna dia memperisterikan anak I lagi. Jadi, lepaskan sahajalah anak I. Kalau dia tak lepaskan seolah dia adalah lelaki yang dayus.’
Sementara itu, Datuk Suhaimi berkata bahawa Jimmy Shanley adalah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mengambil tahu langsung mengenai kelahiran cucunya, Zahrah Shanley, sekitar setahun lalu.
‘Nak ambil berat apa. Ini satu lagi masalah. Dia pernah keluarkan kenyataan yang isteri dia tak memberitahu dah melahirkan anak. Kalau tak diberitahu isteri dia dah pun lahirkan anak, macam manakah dia boleh membawa krew TV datang ke hospital untuk shooting gambar anak dia? Bil bersalin pun tak dibayar walaupun kita tak harapkan pun. Tapi dia memang tak bertanggungjawab. Bagi I, dia tak layak jaga cucu I.’
Rumah tangga Jimmy-Suhaila masih berada dalam proses perbicaraan dengan perkembangan terkini di mana Jimmy Shanley mendakwa Suhaila mengaku mengandung anak luar nikah ketika prosiding mahkamah yang berlangsung pada 8 Mei 2012.
Foto : Arkib OHBULAN!