berita

Jimmy Shanley Mahu Tambah Anak

November 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Santai Pizza Hut with Media Hiburan-35

Sudah agak lama rasanya tidak mendengar cerita mengenai Jimmy Shanley yang pernah mencetuskan kontroversi berkenaan masalah rumah tangganya.

Seperti yang umum tahu, isu rumah tangga pengacara ini masih belum selesai sejak dia memfailkan permohonan untuk memenjarakan bekas isterinya yang ingkar perintah mahkamah.

Namun tidak cukup dengan itu, nama Jimmy sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila dia dikatakan sudah berkahwin senyap-senyap dengan seorang janda kaya sekitar pertengahan tahun ini.

Biarpun sering didesak untuk mejelaskan khabar angin tersebut, Jimmy masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang komen lanjut.

Bagaimanapun Jimmy yang ditemui sewaktu majlis Santai Pizza Hut Bersama Media Hiburan pada hari Selasa lepas mengakui tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh orang luar.

Kalau orang kata saya dah kahwin, maka sudah kahwinlah saya. Begitu juga sebaliknya. Saya tak nak komen hal ini buat masa sekarang. Saya akan buat sidang media berkemungkinan pada bulan April atau Mei tahun hadapan untuk memberi penjelasan. Tapi apa yang pasti, saya tak sabar nak timang anak sekali lagi.

Dalam masa yang sama, Jimmy mendedahkan dia masih tidak berpeluang untuk bermalam dengan anak perempuannya, Zahrah Rania seperti yang sepatutnya.

Santai Pizza Hut with Media Hiburan-33

Hak penjagaan memang jatuh kepada ibu Zahrah dan saya mendapat hak untuk bermalam dengannya. Tapi kali terakhir Zahrah bermalam dengan saya adalah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Kes ini masih berjalan dan saya akan ke mahkamah sekali lagi pada Januari tahun hadapan untuk menghadiri perbicaraan.

Beralih kepada soal kerjaya pula, Jimmy kini sedang sibuk menjadi penyampai radio untuk stesen UFM pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Manakala pada hari Sabtu pula, Jimmy terlibat sebagai pengacara untuk sebuah program berjudul Fun Dance yang disiarkan secara langsung di RTM.

Selain daripada itu, bapa tunggal ini juga baru sahaja menamatkan pelajarannya di peringkat Sarjana dalam jurusan Master of Business Administration (MBA).

Menurut Jimmy, dia tidak menolak untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PhD pula selepas ini seandainya dikurniakan rezeki dan masa yang mencukupi.

Apapun bagi yang merindui Jimmy Shanley, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto terbarunya untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×