berita

Jimmy Shanley & Nursuhaila Cerai Secara Tebus Talak RM1

October 10th, 2012 | by M
Kini Trending

Konflik rumahtangga antara pengacara Trek Selebriti, Jimmy Shanley dan Nursuhaila akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk cerai secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1.

Penceraian ini turut diiringi dengan persetujuan daripada Jimmy dimana dia tak akan menuntut sebarang hutang daripada bekas isterinya. Manakala, Nursuhaila juga bersetuju untuk menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang.

Anak perempuan kedua-dua pasangan ini, Zahrah Shanley akan terus berada di bawah jagaan Nursuhaila dan Jimmy Shanley dibenarkan melawat pada bila-bila masa sahaja.

Sejurus tamatnya prosiding mahkamah, Jimmy Shanley sempat menyuarakan rasa terkilan kerana tak dapat menunaikan janjinya kepada Datin Muniroh (ibu Nursuhailah) agar tidak menceraikan isterinya itu.

“Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan di Jannah,” katanya.

Laporan seterusnya di Sinar Harian.

Foto : Berita Harian

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×