berita

Jimmy Shanley Tidak Ambil Berat Hal Anak – Nursuhaila

May 10th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

3t0hZ

Susulan kisah Jimmy Shanley sebelum ini memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya, dia pula didakwa tidak ikhlas dalam menjaga anak mereka berdua, Zahrah Rania.

Menurut Nursuhaila, Jimmy tidak pernah bertanya khabar sama ada menerusi panggilan telefon atau pun khidmat pesanan ringkas (SMS)mengenai perkembangan anak mereka itu.

Saya mahu proses menjaga Zahrah secara bersama dilakukan dengan ikhlas demi kebajikannya tetapi saya tidak nampak kesungguhan dia.

Malah apabila saya maklumkan anak dimasukkan ke hospital pada 16 April lalu, dia langsung tidak datang menjenguk atau bertanya tentang kesihatan Zahrah.

Tetapi sebaliknya dia boleh hantar kiriman SMS marah-marah dan tidak menghiraukan mesej yang saya sampaikan mengenai tarikh hari lahir anak kami.

Dalam pada itu, mStar Online turut melaporkan Nursuhaila memfailkan permohonan ubah perintah serta penggantungan perintah mahkamah dan Hakim Syarie, Mawardi Che Man yang mendengar kes itu pada Khamis (semalam) mengarahkan permohonan dipinda semula kerana ia tidak jelas dan mengelirukan.

isu rumah tangga jimmy shanley

Nursuhaila dan Jimmy ketika hubungan mereka masih baik

Saya membuat permohonan agar hak bermalam dengan Jimmy ditangguhkan hanya semata-mata kerana kesihatan dan kebajikan Zahrah.

Nursuhaila juga berharap Jimmy tidak lagi menghebohkan masalah peribadi mereka di akhbar demi menjaga hubungan baik sesama mereka untuk kepentingan Zahrah.

Kalau diperhatikan, sejak dari dulu lagi kes mereka ini memeningkan kepala ramai pihak. Kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua mereka sentiasa bercanggah membuatkan susah untuk kita percaya siapa yang benar dan siapa salah.

Namun apa yang penting, bukan kepada kita yang perlu mereka buktikan kebenaran. Cukuplah orang yang berkenaan sahaja tahu perkara sebenar dan kami berharap yang terbaik untuk kebaikan anak mereka yang masih kecil.

SKIP THIS AD ×