berita

Jinwoon 2AM Parah Kemalangan Kereta

October 7th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Jinwoon

Berita buruk buat peminat-peminat muzik K-Pop terutama sekali kumpulan 2AM.

Semalam, sebuah portal telah melaporkan bahawa Jinwoon telah mengalami kemalangan jalanraya. Kejadian ini berlaku ketika dia sedang menuju pulang ke Seoul selepas menghabiskan persembahannya.

Pihak pengurusan Jinwoon melaporkan, kereta yang dipandu Jinwoon telah berlanggar dengan sebuah trak 25 tan semalam.

2AM

Jinwoon (2 dari kiri) bersama kumpulan 2AM

Screen Shot 2013-10-07 at 11.33.11 AM

Akibat dari kemalangan itu, buku lali kanan Jinwoon retak dan mengalami luka sepanjang 10 cm. Turut bersamanya didalam kereta yang dipandu termasuklah pengurus serta seorang lagi staf dari Big Hit Entertainment, label yang menguruskan kumpulan 2AM.

Menerusi laporan yang sama, khabarnya Jinwoon sudah pun menjalani pembedahan. Namun, statusnya masih belum dapat dipastikan lagi.

SKIP THIS AD ×