

Kes harian di Malaysia masih mencatat angka yang membimbangkan apabila melebihi angka 20,000. Apa yang menyedihkan masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab selepas disahkan positif Covid-19.
Positif tapi keluar rumah
Sumpah laa?? +ve covid pun still keluar macam ni? Selfish nya Ya Allah?? Positive tu duduk la rumah. Aku penat tau Ya Allah? pic.twitter.com/LK5QcsONbk
— Princess Fatin ????? (@pvncessfatin) August 14, 2021
Di laman Twitter, ada seorang pengguna yang menggunakan nama @pvncessfatin meluahkan rasa kesal dan marah dengan tindakan seorang pesakit Covid-19 yang dipercayai keluar dari rumah ketika dalam tempoh kuarantin.
Menerusi rakaman video, wanita tersebut kelihatan sedang berjalan-jalan sambil menghirup udara segar di sekitar tempat tinggalnya.
Katanya, pesakit positif perlu mendapatkan oksigen di luar rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 15 minit dan berharap jiran tetangga tidak akan berasa takut.
Penatnya dengan orang macam ni


Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap pentingkan diri yang boleh membahayakan nyawa orang lain.
Bagaimanapun, selepas menerima kecaman hebat, individu terbabit dengan pantasnya memadam akaun TikTok miliknya, @linieeyy.
Dalam pada itu, menerusi ciapan terbaru, ada seorang individu mendakwa laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: Twitter @pvncessfatin

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)
