berita

Jiran Tak Buka Pintu, Mangsa Tikam Bermandi Darah Naik Grab Pergi Hospital

October 18th, 2018 | by faris
Kini Trending

Malang bertimpa-timpa terjadi kepada seorang wanita apabila bukan sahaja ditikam, apabila meminta bantuan daripada jiran-jirannya, tiada seorang pun rela membantu dia yang berlumuran darah.

Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Terasek, Bangsar pada jam 1.45 pagi, kelmarin. Insiden itu kemudiannya dimuatnaik ke Facebook dan mendapat perhatian netizen.

Muncul dari belakang kereta

Menurut rakan mangsa yang juga pelajar warga Bangladesh, mereka berdua berjalan sebelum bertembung dengan seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dari belakang sebuah kereta. Mangsa yang juga penuntut rakyat India kemudian ditikam kerana berbuat bising.

Lelaki berusia lingkungan 40-an sebelum itu dipercayai bersembunyi di belakang kereta. Dia acu pisau di leher rakan saya dan ugut akan potong jika buat bising. Disebabkan rakan saya jerit, lelaki itu terus tikam lehernya.

 

Dengan keadaan berlumuran darah, kawan saya lari sambil jerit minta tolong beberapa kali. Lelaki terbabit kemudian tahan saya nak minta telefon bimbit serta wang tunai namun disebabkan saya tak ada apa-apa dia kemudian hilangkan diri dalam tempoh dua minit.

Jiran tak buka pintu

Rakannya yang bermandikan darah ketika itu ke rumah jiran terdekat untuk meminta bantuan, namun disuruh pulang ke rumah sendiri dan tidak membuang masa.

Kami rasa takut untuk terus pulang ke rumah sendiri. Yang sedihnya jiran kawasan itu keluar jenguk namun tutup pintu dan suruh kami ke rumah lain.

Ada juga yang tanya kenapa buang masa dan suruh kami lari ke rumah sendiri. Lihatlah! betapa teruknya dia cedera. Bagaimana kami perlunya bantuan anda.

Tambah wanita itu lagi, rakannya mengenali jiran tersebut namun jiran itu enggan membuka pintu kerana dipercayai bimbang ianya satu penipuan.

Rakan saya beritahu dia kenal penghuni rumah yang diketuk ketika minta tolong. Lelaki itu keluar untuk lihat benarkah kawan saya berlumuran darah tapi tak buka pintu.

Kepada mereka yang tak nak tolong kerana sangka itu mungkin penipuan sepatutnya sudah jelas sebenarnya apa yang berlaku.

Mereka kemudiannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menaiki Grab dan dirawat sebagai pesakit luar.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×