berita

‘Jiwang Juga Bini Aku Ni Rupanya’ – Saharul Ridzwan Dedah Surat Cinta Kiriman Deena 5 Tahun Dulu

October 1st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan pelakon kacak dan sado Saharul Ridzwan. Rata-rata peminatnya pasti mengetahui aktor ini sudah mendirikan rumah tangga bersama isterinya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 16 September 2016 lalu dan kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Setelah lebih tiga tahun usia perkahwinan, baru-baru ini Saharul sempat mengimbau semula saat manis percintaan beliau bersama isterinya suatu ketika dahulu.

Jiwang juga bini aku dulu

https://www.instagram.com/p/B282pCpBWh2/?utm_source=ig_web_copy_link

Dalam entri yang dibuat Saharul di laman Instagramnya, pelakon itu telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan surat cinta kiriman Deena pada tahun 2014.

Apa yang menariknya, isi di dalam surat itu bukanlah ayat-ayat cliche yang sering dihantar oleh pasangan bercinta tetapi sebaliknya ia mengandungi titipan enam surah  Al-Quran yang diberikan kepada Saharul.

Menerusi tulisan di dalam suratnya itu, Deena berkata surah-surah itu dikirimkan supaya ia boleh diamalkan oleh mereka sekeluarga apabila sudah mendirikan rumah tangga nanti. Sweetnya!

Semoga bahagia ke jannah

 

Ternyata posting Saharul itu mengundang aura positif dalam kalangan pengikut-pengikutnya. Rata-rata daripada mereka terharu dengan surat kiriman Deena itu malah turut mendoakan pasangan itu supaya bahagia hingga ke syurga.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×