berita

JLO Tertekan Memikirkan Etika Pemakaian Di Malaysia

November 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sebagai seorang pelakon, penari dan penyanyi terkenal dunia, Jennifer Lopez (JLO) bakal menjanjikan satu pesembahan yang cukup bertenaga dan menggemparkan buat peminatnya di Malaysia.

Secara umumnya, konsert jelajah dunia ini telah bermula pada bulan Jun lalu di Panama, Amarika Latin, Eropah, Asia dan kini di Malaysia. Mengulas lebih lanjut mengenai konsertnya pada bulan hadapan, JLO sedikit tertekan apabila memikirkan budaya Malaysia yang berbeza dan perlu mematuhi etika pemakaian negara ini.

“Saya menghormati budaya masyarakat setempat walau di mana jua saya berada dan saya rasa semua orang mesti tahu mengenainya.”

“Konsert pada kali ini, saya akan memperlihatkan koreografi tarian yang lebih mantap serta 6 pasang persalinan yang pastinya akan memberi kejutan buat semua penonton,” komen JLO mengenai persediaan konsert di Malaysia.

Menurut JLO, peminat-peminatnya di Twitter dan Facebook sering bertanyakan mengenai konsert jelajah dunianya dan ini adalah tujuan utama mengapa dia meninggalkan ‘American Idol’ sekaligus memberi tumpuan kepada konsert kali ini.

“Ini adalah satu keputusan yang berat untuk saya melangkah keluar dari rancangan yang sudah sebati dengan saya.  Saya melakukannya demi untuk kembali ke dalam dunia lakonan dan nyanyian.”

Konsert ‘Lopez’s Dance Again World Tour’ bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 2 Disember ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Kumpulan Galaxy di (03) 2282-2020 atau layari galaxy.com.my.

Tiket dijual pada harga RM658, RM628, RM528, RM368, RM288, RM268 dan RM168.