berita

‘Job’ Makin Sepi Selepas Helah Terbongkar, Persatuan Dukun Indonesia Buat Laporan Terhadap Youtuber

August 17th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang personaliti YouTube yang dikenali sebagai ‘Pesulap Merah’ berdepan satu laporan polis selepas dirinya dilaporkan telah menjadi punca dukun-dukun di Indonesia kehilangan pekerjaan.

Artikel Berkaitan: Selepas MotoGP, Wanita Ini Dipanggil Hentikan Hujan Ketika Konsert Pula Tapi Lagi Sekali Gagal

Polis ambil serius laporan

Pesulap Merah atau nama sebenarnya Marcel Radhival merupakan seorang Youtuber yang aktif membongkar helah dan penipuan yang dilakukan oleh golongan dukun.

Memetik laporan tvonenews, persatuan dukun berkenaan telah membuat satu laporan ke atas Marcel kerana didakwa melanggar Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITA) Republik Indonesia.

Ketua Polis Wilayah Jakarta Selatan, Yandri Irsan mengesahkan ada menerima laporan daripada seorang individu bernama Agustiar yang dikatakan wakil persatuan dukun itu.

Menurut Yandri, laporan itu dibuat dengan perincian bahawa kandungan milik Youtuber itu tidak tepat dan mengganggu periuk nasi dukun-dukun.

Tambah Yandri, pihak polis akan mengambil serius laporan yang dibuat tanpa sebarang prejudis terhadap pekerjaan si pelapor.

Kita tidak melihat pekerjaan (dukun) pelapor, tapi apa yang dilaporkan.

Terdahulu, Marcel telah membongkarkan beberapa penipuan atau helah dalam beberapa siri video di laman Youtube Pesulap Merah, yang telah mendapat reaksi positif menyokong tindakan Pesulap Merah itu.

Menurut komen-komen yang ditinggalkan, rata-rata menyokong Marcel kerana ingin masyarakat di sana berhenti ditipu oleh sesetengah dukun.

Sumber: tvonenews

SKIP THIS AD ×