Pelakon Datin Intan Najuwa tampil menjawab pertanyaan netizen yang mengatakan dia berkahwin dengan Datuk Ahmad Asraf Azman disebabkan mereka berdua datang dari taraf keluarga yang kaya atau ‘sekufu’.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Payah Panggil Datin’ – Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Romantis Hadir KLFW, Ramai Puji Suami Intan Najuwa Nampak Muda – ‘Baby Face Muka Laki Dia’
Letak tepi soal sekufu
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Mingguan Wanita, Intan berkata dia percaya soal jodoh, ajal dan maut adalah ketetapan Allah S.W.T.
Jelasnya, dia bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang terbaik.
Siapa saya nak pertikaikan soal jodoh, kita boleh cari, plan macam mana pun, ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan.
Alhamdulillah, apa yang saya bersyukur sekarang ini adalah Allah bagikan saya jodoh terbaik.
Sekufu ke apa ke, kita letak tepi. Bukannya kita boleh buat keputusan jodoh kita siapa atau apa, paksa macam mana pun, jodoh Allah tentukan.
Pada perkongsian yang sama, Intan turut mendedahkan suaminya berasa gembira apabila menerima pujian mengatakan wajahnya seperti ‘baby face’.
Saya tengok sama saja, sebab kita tengok muka dia hari-hari. Jadi macam ‘ha baby face ha kejap tua’, macam saya tengok dia hari-hari macam tak ada perbezaan pun, sama saja.
Dia suka la, daripada orang cakap dia tua, baby face macam ‘you orang cakap I baby face you’. Sangat gembira, sebab pujian kan.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos lalu.
Sumber: TikTok