Usahawan dan pempengaruh Jofliam sekali lagi tampil bersuara mengenai kontroversi yang melibatkan dirinya dengan bekas isteri iaitu Cik Epal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Awak Tak Ada Maruah Ke?’ – Jofliam Tegur Cik Epal Suruh Hormat Tempoh Iddah, Sepatutnya Taat & Muhasabah Diri
Artikel Berkaitan: Jofliam Enggan Dedah Punca Perceraian, Tak Nak Buka Aib Sesiapa – ‘Saya Ada Maruah, Terima Kasih Kepada Yang Fitnah Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jofliam Sudah Tak Tahan Dengan Tomahan – ‘Hentikan Fitnah, Percutian Ini Hanya Saya & Anak-Anak!’
Isu dah merepek sangat
Menurut Jofliam, apa yang berlaku pada masa sekarang sudah keterlaluan. Dakwa Jofliam lagi, terdapat kenyataan yang tidak benar telah dikeluarkan sehingga timbulnya buli di media sosial.
Bagi saya isu sekarang dah merepek sangat. Lebih pada cabar mencabar. Wujud kenyataan yang tak benar. Benarkan sosial media buli dan menghasut benda yang tak pasti kebenaran. Kenyataan saya setakat hari ini sahaja.
Ujar Jofliam, dia tidak pernah menghalau bekas isterinya itu keluar dari rumah. Tambahnya lagi, nafkah terhadap Cik Epal dan ayah mentuanya masih diberikan.
Saya tak pernah menghalau isteri saya keluar dari rumah. Saya matikan akses kad bersebab kerana ada dua keingkaran telah berlaku. Saya masih bagi nafkah pada isteri dan ayah mentua saya. Rumah ini pun disediakan untuk bekas isteri saya duduk semasa iddah. Pemberian nafkah setiap minggu. Terbaru, dua hari lepas.
Jofliam turut menafikan dakwaan dia derhaka terhadap ibunya sendiri.
Cukuplah kenyataan kerosakan yang saya telah buat di Milan. Sekarang saya lebih suka zip mulut saya dari saya terus membuka aib sepatutnya.
Berbicara lebih lanjut, bapa kepada dua orang anak ini turut memberi penjelasan mengenai beg berwarna cokelat yang viral dan isu bersekedudukan dengan wanita lain.
Beg viral itu antara barang yang dihadiahkan kepada bekas isteri saya sehari sebelum saya ke Milan. Banyak barang saya hadiahkan dan total hampir 30k. Ketika itu dia bukan lagi isteri saya dan saya masih jalankan tanggungjawab.
Tindakan saya hadiahkan beg itu pada orang lain adalah tindakan ‘rebel’ saya selepas kes ini berpanjangan. Saya silap di situ.
Saya tidak pernah bersekedudukan dengan mana-mana wanita 24 jam di rumah ini. Rumah ini adalah rumah syurga saya. Ya ada keluar masuk tapi bukan berdua. Ditemani keluarga. Saya tahu halal haram.
Mengenai isu rambut dipegang staf, Jofliam menjelaskan bahawa pada masa itu dia diminta untuk ‘touch up’ rambut dan muka sebelum memulakan temu bual.
Cerai bukan perkara terakhir
Di akhir posting, Jofliam berkata, perceraian bukanlah perkara yang terakhir dalam kehidupan.
Kita boleh menjadi ibu bapa yang terbaik dan menggembirakan anak-anak kita. Jika kita gagal menjadi suami isteri terbaik, kita jangan gagal jadi ibu bapa terbaik. Benda dah jadi dan saya belajar dari kesilapan kenyataan di Milan. Saya nak terus ke hadapan.
Sumber: Jofliam