Pempengaruh dan usahawan sensasi, Jofliam menafikan dirinya culas membayar cukai selepas bekas isterinya, Cik Epal meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perniagaannya iaitu Pizza Wagyu Jofliam.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Gesa LHDN Siasat Perniagaan Jofliam – ‘100% Tunai, Untung Jualan Lebih Kurang RM600K Sebulan’
Nafi culas bayar cukai
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar menegaskan bahawa dia tidak pernah lari daripada membayar cukai malah telah menyelesaikan segala cukai sejak tahun 2020.
Saya tak pernah lari dari cukai dan saya dah selesaikan cukai dari tahun 2022, 2021, 2020 dan ke bawah.
(Cukai) 2024 perlu diselesaikan pada tahun 2024 dan 2024 pun belum habis guys.
Pengiraan masih berjalan sebab perniagaan adalah berdasarkan ‘event’. Jangan kira duit masuk sahaja tapi kira juga duit yang keluar.
Tambah Jofliam yang berbangga menjadi anak Malaysia, dia akan menjelaskan segala urusan mengenai cukai pada esok hari.
Esok (Rabu) saya akan ke pejabat ‘secretary’ saya untuk menjelaskan situasi yang tak betul.
Saya adalah manusia berpatriotik dan berbangga menjadi anak Malaysia.
Kongsi resit perbelanjaan
Menerusi satu hantaran lain, Jofliam turut berkongsi resit perbelanjaan sepanjang dirinya melakukan perniagaan pizza termasuk gaji pekerja dan sebagainya.
Terdahulu, Cik Epal mencuri perhatian apabila menggesa pihak LHDN menyiasat perniagaan Jofliam dan mendakwa keuntungan yang diterima bekas suaminya sepanjang berbisnes adalah sekitar RM600,000 sebulan.
Cik Epal juga mendakwa perniagaan Joflian hanya menggunakan cara pembayaran secara tunai (cash only).
Sumber: IG Jofliam