Pempengaruh dan usahawan, Jofliam memberi bayangan di media sosial bahawa rumah tangganya sedang bergolak.
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Jofliam & Cik Epal Bergolak? Status Perkahwinan Hanya Akan Diketahui Bulan Ini – ‘Saya Tidak Pernah Curang Walaupun Sesaat’
Artikel Berkaitan: ‘Ini Gambar Biasa’ – Foto Berdua Jofliam Dengan Staf Wanita Di Itali Tular, Netizen Dakwa Tak Jaga Hati Cik Epal?
Tak follow Cik Epal di IG
Terbaru, menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Jofliam dilihat tidak mengikuti (follow) isterinya iaitu Cik Epal di Instagram. Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen dan ada yang mendakwa semua yang berlaku berpunca daripada Jofliam sendiri.
Di Instagram Cik Epal pula, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memuat naik satu posting berhubung suaminya itu. Menurut Cik Epal, dia masih mempunyai rasa hormat terhadap Jofliam. Ini kerana, dia seorang ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han dan Yuki.
Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan.
Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang.
Terdahulu, Jofliam berkata, semua yang berlaku berpunca daripada fitnah apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.
Bagaimanapun, Jofliam menegaskan, sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berlaku curang walaupun sesaat dengan isteri.
Sumber: Cik Epal