berita

Johan As’ari Syukur Masih Baik Dengan Bekas-Bekas Teman Wanita

June 6th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Johan-Asari-Rancang-Bertunang-Hujung-Tahun-Ini

Kalau disenarai-pendekkan nama-nama artis popular yang pernah bercinta mahupun digosipkan bercinta dengan Johan As’ari ni, rasanya boleh buat satu laporan khas.

Tapi janganlah terus melabel Johan sebagai playboy, anggap sahaja pelakon Juvana ini masih belum cukup bertuah dalam hubungan percintaan.

Apa yang pasti, Johan bersyukur dia tidak bermusuhan dengan bekas-bekas teman wanitanya, malah mereka masih baik dengan ahli keluarga Johan.

Al-kisahnya, Johan yang ditemui di lokasi penggambaran filem di Kuala Lumpur semalam membuka cerita tentang gandingan semula dengan bekas kekasihnya, Nabila Huda dalam sebuah drama.

Johan-Nabila

Sebenarnya saya bersyukur kerana Udin Glamor Balik Kampung meletup. Bila nak digandingkan semula, saya dengar Abil sendiri yang setuju. Alhamdulillah, saya pun nak buatlah drama tu. Dia seorang yang profesional dan begitu juga saya.

Bagi saya tak akan ada masalah, sebab saya dengan dia memang baik. Dan walaupun kami tak berhubung setiap hari, ada juga bertanya khabar sekali-sekala, ucap Mother’s Day.

Secara tiba-tiba berlanjutan pula hingga termasuk sekali kisah Fasha Sandha, Izreen Azminda dan Shila Amzah. Cuma nama Lana Nodin sahaja tidak disebut. Terlupa, mungkin?

Fasha Sandha baru-baru ni pun luangkan masa dengan mak saya dan dia baik dengan saya. Dia juga pesan, ‘Johan, you jagalah mak you, i baik dengan mak you tau.’

Kalau korang masih ingat, Izreen pernah memutuskan hubungan dengan Johan pada tahun 2011 kerana aktor itu enggan mengaku yang mereka sedang bercinta.

2c8Fr

Dalam masa yang sama, Fasha juga turut dikaitkan dan dianggap sebagai punca kepada perpisahan mereka hanya kerana dia dan Johan bergandingan dalam sebuah drama.

Hari tu di Anugerah Bintang Popular, saya sempat bertegur sapa dan bersalaman dengan Izreen. Shila Amzah pun masih baik dengan keluarga saya. Alhamdulillah, thank God.

Soal kerjaya pula, Johan akan kembali menghidupkan watak Botak di dalam filem Juvana 2 arahan Faisal Ishak yang turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Azwan Kombos, Nad Zainal dan ramai lagi.

Kredit foto: Instagram Johan As’ari

SKIP THIS AD ×