berita

Johan Memilih Menggunakan Bahasa Indonesia

October 2nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai bahasa yang digunakan dalam menyampaikan maklumat dimana media komunikasi merupakan pilihan utama.

Begitu juga dengan pelawak daripada kumpulan Jozan iaitu Johan. Beliau tampil menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantaraan bersama rakan baiknya iaitu Zizan dalam persembahan yang ditonjolkan.

Namun, dalam banyak-banyak bahasa, Johan telah memilih bahasa Indonesia sebagai bahasa pilihan untuk digunakan dalam persembahan berbanding Zizan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantaraan.

Ingin tahu kenapa?  Menerusi temubual yang dijalankan, Johan membuat kenyataan terhadap penggunaan bahasa tersebut dengan menyatakan akibat daripada percutiannya bersama keluarga.

“Baru-baru ini, saya bercuti dengan keluarga di Bandung . Dibandung, saya didedahkan dengan penggunaan bahasa Indonesia. Dari situ, saya telah memilih bahasa Indonesia sebagai media komunikasi dalam persembahan.”

Pelakon yang gemar menonton filem Indonesia itu turut meyatakan bahawa penggunaan bahasa tersebut sedikit sebanyak mampu memberi kemahiran kepada beliau dalam percakapan bahasa Indonesia.

Sementara itu, bagi anda yang ingin menyaksikan Lawak Ke Der 2, tiket boleh didapati di Istana budaya dimana penjualan tiket tersebut tersedia untuk hari Ahad, Isnin, Selasa, dan Rabu sahaja.

SKIP THIS AD ×