berita

John Travolta & Emma Watson Bakal Berlakon Filem Bollywood

May 14th, 2014 | by Ai
Hollywood

emma_watson_LargeWide

Bukan senang sebenarnya untuk menerima tawaran berlakon dalam filem luar negara melainkan seseorang pelakon itu benar-benar berbakat, popular atau mempunyai ciri-ciri tertentu yang dicari oleh syarikat produksi berkenaan.

Bagaimanapun, OHBULAN! percaya bakat lakonan yang tiada tolok bandingnya telah menyebabkan John Travolta dan Emma Watson terpilih untuk membintangi sebuah filem Bollywood berjudul Paani.

Menurut pengarahnya, Shekhar Kapur, Emma yang popular menerusi filem Harry Potter telah dirisik untuk menjadi watak utama dan berlakon di samping aktor Bollywood, Sushant Singh Rajput.

M_Id_397083_Sushant_Singh_Rajput

Emma bakal digandingkan dengan Sushant Singh Rajput dalam Paani

Dalam pada itu, John Travolta telah mengumumkan bahawa dirinya juga ditawarkan sebuah watak di dalam filem berkenaan.

Saya telah ditawarkan sebuah filem dan saya sedang mempertimbangkannya. Ia adalah sebuah filem Bollywood berjudul Paani oleh Shekhar Kapoor. Dia minta saya untuk menjadi sebahagian daripada filem itu.

Saya dah lama kenal Shekhar. Walaupun skripnya tak mempunyai sebarang lagu tapi Shekhar akan menambah lagu yang sesuai untuk menjadikan ia nampak seperti betul-betul filem Bollywood. Saya tak ada masalah untuk berlakon dalam filem Hindi asalkan saya suka jalan ceritanya dan watak yang diberikan.

272158-john-travolta-lawsuit

Untuk pengetahuan anda, Paani mengisahkan tentang krisis dunia pada masa hadapan yang mengalami masalah kekurangan bekalan air.

Lebih parah lagi apabila sebuah syarikat antarabangsa menguasai bekalan air dan menggunakannya sebagai senjata untuk menindas golongan yang lemah.

Bagaimanapun, kisah cinta antara seorang pemuda dari India dan gadis dari luar negara akhirnya menamatkan krisis air dan perang berkenaan.

Walaupun jadual penggambaran dan tayangan masih belum diumumkan, namun pastinya ramai peminat tak sabar untuk menyaksikan sekiranya Emma dan John akan menyuntik budaya Hindi di dalam diri mereka untuk filem ini.

Sumber: Digital Spy

SKIP THIS AD ×