berita

Johnny Depp Mahu Bersara?

August 2nd, 2013 | by Ai
Hollywood

889267

Berita pengunduran Johnny Depp daripada industri seni pastinya mengejutkan peminat-peminat pelakon berbakat ini. Mana tidaknya, Depp diminati kerana sentiasa bijak mengambil hati penonton melalui setiap watak yang dilakonkannya.

Melalui sebuah temubual yang dibuat oleh BBC, Depp memberitahu niatnya untuk bersara kerana mahu menumpukan perhatiannya terhadap perkara lain pula.

Saya tak kata saya akan bersara dalam masa terdekat tapi ia kemungkinan akan terjadi. Rasanya sudah terlalu lama saya bekerja sehingga saya lupa untuk menjalankan kehidupan seperti orang lain.

Depp yang terkenal melalui filem bersiri Pirates of the Caribbean memulakan kerjayanya pada tahun 1980-an melalui sebuah rancangan bersiri 21 Jump Street.

Happy_birthday_Johnny_Depp_

Gaya Johnny Depp di dalam Pirates of the Caribbean

Dia kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas bekerjasama dengan Tim Burton menerusi filem Edward Scissorhands, Sleepy Hollow dan Alice in Wonderland. Untuk pengetahuan, Depp juga pernah tercalon dalam anugerah Oscar melalui kategori Pelakon Terbaik sebanyak tiga kali.

Sumber: The Guardian

SKIP THIS AD ×