Semakin terbuka berkongsi keakraban dengan seorang wanita di media sosial, jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan gadis bernama Queenna Khan.
Artikel Berkaitan: Jojo Ghazali ‘Tayang’ Kekasih? Ramai Peminat Wanita Undur Diri – ‘Satu Malaysia Merajuk’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Johan Ghazali Tolong Cabut Benang Jahit, Peminat Suruh Cepat Kahwin – ‘Untunglah Dapat Girlfriend Doktor’
Lama sudah bercinta
Jojo atau nama sebenar Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, 18, mendedahkan mereka sudah lama bersama.
Saya dan Queenna sudah lama bercinta, cuma sekarang baru saya terbuka untuk ‘reveal’ dia.
Kalau ada peminat yang kata mereka patah hati, saya tidak boleh buat apa. Terima kasih juga kepada orang di luar sana yang sentiasa mendoakan.
Jojo berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual di TikTok Remaja.
Dalam temu bual sama, Jojo turut menitipkan kata-kata semangat kepada adik lelakinya, Miki yang kini giat aktif dalam sukan Muay Thai.
Saya harapkan yang terbaik untuk dia. Miki adalah seorang peninju yang betul-betul berbakat.
Dia perlu fokus dengan apa yang dilakukan, pasti ada kejayaan akan muncul.
Sumber: TikTok