berita

Jom Hayati Alam Semulajadi Di Kuala Lumpur Eco Film Festival 2014 (KLEFF)

May 22nd, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

kleff

Malaysia memang terkenal dengan alam semula jadi yang cantik dan menarik bukan? Namun sayangnya, masih ramai yang tidak tahu menghargai kecantikan alam semulajadi ini.

Malah, ada sesetengah pihak tak bertanggungjawab yang bertindak mengancam pemuliharaan alam ini dengan pelbagai cara hingga menyebabkan kepupusan.

Jadi, sebagai rakyat yang ‘eco-friendly’ adalah menjadi tanggungjawab  kita mencari cara bagi menerapkan kepentingan alam semulajadi kepada masyarakat. Tetapi, bagaimana caranya?

kleff2

Kalau nak tahu, Kuala Lumpur Eco Film Festival (KLEFF) adalah platform terbaik bagi anda yang ingin mengajak masyarakat menghargai alam semulajadi.

Gunakan idea-idea kreatif anda untuk mengajar dan memberitahu dunia betapa pentingnya kita memulihara alam untuk tatapan generasi akan datang.

Malah, festival ini dapat dijadikan sebagai medium percuma untuk orang ramai belajar mengenai isu-isu alam sekitar melalui filem-filem yang dihasilkan. Jadi, masyarakat akan lebih menghargai alam sekitar. Tak gitu?

Siapa tahu, video atau filem pendek milik anda bakal memenangi hadiah utama kan? Selain beramal, menang hadiah lagi. Pasti seronok!

Kalau nak tahu, sebanyak 5 kategori dipertandingkan termasuk filem pendek , dokumentari , animasi, pengumuman perkhidmatan awam (PSA), dan kategori tambahan yang bertemakan alam semulajadi.

Jadi, anda bolehlah mula membuat dan menghantar ‘masterpiece’ anda bermula hari ini kerana tarikh penyertaan akan ditutup pada 31 Julai 2014 nanti.

Festival kali ini bakal diadakan pada 17 hingga 19 Oktober, bertempat di Publika. Untuk maklumat lanjut, pembaca setia OHBULAN! boleh melayari laman web rasmi KLEFF sendiri.

Jadi apa lagi? Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi festival kali ini.

SKIP THIS AD ×