Bahang kemuncak acara berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) yang akan berlangsung pada 3 Mac depan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil kian terasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kugiran Masdo Buat Persiapan Rapi Menuju AJL 38, Ramal Aina Abdul Bakal Juara
Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: Penyanyi Susun Percaturan, Bawa Hasil Ciptaan Sendiri
Meet & Greet paling ikonik!
View this post on Instagram
Pastinya peminat setiap finalis yang bertanding tidak sabar menantikan persembahan daripada penyanyi kesayangan mereka.
Bagi menghangatkan lagi debaran AJL 38, satu sesi bertemu peminat atau ‘meet and greet’ bakal diadakan pada 4 Februari ini, di Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari sehingga 6 petang.
Pelbagai aktiviti menarik akan disajikan dan paling seronok pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan 12 finalis AJL 38.
Antaranya Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini, Shiha Zikir, Aisha Retno, Marsha Milan, Kugiran Masdo, Amir Jahari, Naqiu, Nabila Razali, Khai Bahar, Wany Hasrita, Ziana Zain dan Hasif Upin.
Jangan risau, tidak perlu bayar kerana masuk adalah percuma! Jangan lupa temu janji anda bersama finalis AJL 38 Ahad ini!
Anda juga boleh mendapatkan tiket final AJL 38 bermula 5 Februari ini DI SINI.
View this post on Instagram