berita

Jom Kita Intai Koleksi Beg Pereka Fesyen Rizalman

July 9th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Seperti yang kita ketahui kebiasaannya beg tangan ataupun beg sandang lebih sinonim dikaitkan dengan wanita namun ia bukan satu perkara yang janggal buat pereka fesyen terkemuka, Rizalman Ibrahim. Hobi mengumpul beg wanita seperti yang dimiliki oleh pereka fesyen ini boleh disifatkan sebagai eksotik kerana ia melibatkan satu kos yang tinggi nilainya.

Kebanyakan daripada mereka yang mempunyai jiwa seni ini amat menghargai keunikan pada setiap koleksi beg-beg ini seperti ketelitian jahitan, material pembuatan dan jenama yang diperagakan. Tak kurang juga yang berpendapat bahawa memiliki beg bertaraf designer label dapat memberikan satu keyakinan yang tinggi kepada si pemakai.

Berbalik kepada hobi Rizalman, antara koleksi jenama yang beliau miliki seperti beg berjenama GUCCI, PRADA, BURBERRY, RALPH LAUREN, SALVATORE FERRAGAMO, DOLCE & GABBANA dan jenama yang paling beliau minati merupakan beg berjenama LOUIS VUITTON. Seperti yang dipaparkan dalam foto dibawah, ini adalah sebahagian daripada koleksi beg pelbagai jenama yang dimilikinya.

 

Pada perkiraan kami, tak kurang daripada RM100 000 telah dibelanjakan oleh Rizalman demi memiliki koleksi beg bertaraf bangsawan ini. Apa pun, tak salah memiliki hobi sebegini sekiranya mampu, kan?

Kredit Foto : Rizalman

SKIP THIS AD ×