berita

Jom Kita Throwback Kes Scam Sepanjang 2018, Rakyat Malaysia Kena Ambil Iktibar

April 5th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Pada zaman era berteknologi ni, kes scam makin berleluasa dan orang semakin licik cari duit. Mereka yang berniat busuk tu sanggup buat apa saja demi nak dapatkan duit, tak kisah cara halal atau haram.

Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur (PDRM KL) dalam satu kenyataan juga melaporkan sebanyak 1,000 kes direkodkan sepanjang tahun 2018 membabitkan kerugian sehingga RM72 juta hanya di kawasan Lembah Klang saja. Fuh, banyak tu!

Jom kita throwback beberapa kes-kes scam yang pernah dilaporkan sepanjang tahun 2018. Kalau boleh kita jadikan iktibar dan ambil langkah berjaga-jaga supaya ia tidak terjadi pada diri sendiri!

1. Bayar polis untuk bersihkan waran tangkap kerana terbabit dalam sindiket penyeludupan dadah, rupanya…

Scammer tak kisah sama ada mangsanya muda atau tua. Dalam video di atas, kita dapat tengok warga emas pun boleh jadi mangsa. Kisahnya bermula apabila ada pegawai bank sahkan dia ada buka akaun di bank tak dikenali untuk aktiviti haram.

Kemudian polis pula bagi tau warga emas itu ada 7 waran tangkap dan boleh dipenjara sehingga 25 tahun. Siapa tak ketar lutut beb dengar semua tu? Dia pun transfer duit kepada polis tu sikit-sikit sehingga RM1.5 juta untuk clearkan waran tangkap.

Lama-kelamaan, dia sedar rupanya tiada langsung aktiviti penyeludupan dadah dan semuanya itu hanya tipu! Tapi, nak buat macam mana… Semuanya dah terjadi, duit pun dah banyak transfer, tunggu jelah siasatan polis seterusnya.

2. “Dana syarikat, gaji pekerja dan simpanan lesap demi meluluskan pinjaman”

Peniaga adalah sasaran utama scammer bagi menjalankan ‘kerja-kerja’ mereka. Menggunakan idea, teknologi dan ayat-ayat menarik perhatian, mudah sekali bagi peniaga seperti lelaki dalam video di atas tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bagi memastikan perniagaan berjalan lancar, seorang peniaga mestilah memerlukan dana kan? Jadi, si peniaga pun terus memohon pinjaman seperti mana yang diiklankan dalam SMS. Tapi, bagi melancarkan proses permohonan, dia perlu membayar yuran pemprosesan terlebih dahulu.

Namun, selepas memindahkan wang sejumlah RM70,000, agen pinjaman terus lesap tanpa khabar. Duit simpanan, dana syarikat dan gaji pekerja pun habis digunakan. Jadi, korang di luar sana jangan mudah percaya SMS yang meragukan dan iklan-iklan pinjaman mudah!

3. Demi hadiah hari jadi dari ‘kekasih’, wanita ini rugi RM28,000

Jangan ingat kes-kes besar membabitkan dadah saja yang boleh terbabit dengan taktik licik scammer. Malah, perbualan bersama orang tidak dikenali yang membawa kepada hubungan serius di sosial media juga boleh menjadi punca korang bakal rugi ribuan ringgit!

Seperti wanita dalam video di atas, dia percaya dan jatuh hati dengan seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekerja di Hong Kong dan mahu berkahwin serta menyambung pekerjaannya di Malaysia. Malah, lelaki itu juga pandai mengambil hati dengan memberikan wanita itu hadiah hari jadi.

Namun, taktik licik scammer untuk mendapatkan duit bermula dari sini. Wanita itu terpaksa membayar wang cukai untuk membolehkan ia melepasi kastam di lapangan terbang. Selepas membayar RM28,000, lelaki itu lesap tanpa khabar. Pengajarannya, jangan mudah menerima seseorang tanpa menyiasat latar belakangnya.

4. Tanpa nombor TAC pun boleh transfer duit

Sekitar September tahun lalu, suami Salwa Umira mendakwa menerima beberapa panggilan telefon dari seseorang yang tidak dikenali. Katanya, ‘scammer’ itu mendakwa dia tersalah daftar nombor TAC ke atas nombor suaminya dan sedang melakukan transaksi wang untuk isterinya.

Scammer itu beberapa kali menelefon suaminya untuk mendapatkan nombor TAC berkenaan namun diabaikan. Biarpun begitu, si scammer itu tetap berjaya memindahkan duit, tapi macam mana?

Haa, scammer tu transfer dulu duit ke akaun favourite (untuk pengetahuan korang, nak transfer duit ke akaun favourite tak perlu nombor TAC bagi sesetengah bank).

Ini adalah untuk menambahkan kesulitan kepada pelanggan untuk mendapatkan kembali wang yang sudah di transfer kerana tidak mendedahkan TAC kepada scammer.

5. Kena bayar GST, rupanya ditipu. Lesap RM13,600

Menurut laporan Berita Harian pada Oktober tahun lalu, seorang pengurus wanita berusia 41 tahun kerugian RM13,600 apabila ditipu sindiket Macam Scam. Berdasarkan laporan polis, pada awalnya wanita itu menerima panggilan lelaki kononnya dari Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kata lelaki tu, syarikat milik mangsa ada hutang GST berjumlah RM85,700. Selepas tu, mulalah sambungan panggilan ke pelbagai bahagian dan akhirnya dia diberitahu syarikatnya terbabit dengan kes penyeludupan dadah dan penipuan wang pulak.

Sebab dah panik, wanita tu pun bagi nama, kata laluan dan nombor TAC kepada scammer. Tak lama lepas tu, dia tengok ada transaksi pindahan wang sebanyak RM13,600. Sah dia kena scam! Baca artikel penuh di SINI

6. Dari hutang dengan bank, terbabit pulak dengan sindiket dadah dan pemalsuan wang haram

Seorang pengguna Twitter, @fitnaim berkongsi pengalamannya yang ditipu scammer sehingga rugi kira-kira RM10,000. Mulanya, dia menerima panggilan scam kononnya dari sebuah bank tempatan menyatakan beliau mempunyai hutang sebanyak RM3,375 dan pinjamannya sebanyak RM45,000 sudah diluluskan pada Jun tahun lalu.

Beliau mula terasa aneh kerana dia tidak pernah memohon sebarang pinjaman sebelum ini. Selepas itu, beliau mendapat panggilan daripada pihak polis menyatakan dia terlibat dengan sindiket dadah dan penggubahan wang haram. Beliau juga dipaksa mengeluarkan semua wang di bank kerana bimbang semua aset akan dibekukan.

Bukan itu saja, dia dipaksa membayar denda RM10,000 untuk pelepasan waran tangkap dan menghantar gambar. Kalau tak, dia akan digari dan dibawa ke balai polis. Nasib baik beliau bijak dan sedar semua ini adalah scam, cepat-cepat dia buat laporan polis. Bagus! Baca artikel penuh di SINI

7. Ingat anak kena tangkap, rupanya scam

Siapa tak risau bila orang luar sebut pasal anak kita kan? Lagi-lagi bila anak ditangkap atas kesalahan yang tidak diketahui, nak gugur jantung rasanya! Itulah yang dilalui seorang suri rumah dari Pendang, Kedah yang panik selepas mendapat panggilan kononnya dari syarikat telekomunikasi.

Selepas panik, dia terus memasukkan wang ikat jamin ke dalam akaun tidak dikenali dengan harapan anaknya berusia 18 tahun itu akan dibebabaskan. Menurut laporan Berita Harian, sindiket yang menggunakan panggilan ‘spoofing‘ itu menelefon anak mangsa dan meminta butiran ibunya.

Seterusnya, mereka mengarahkan anak mangsa mematikan telefon, kononnya bagi mengemaskini maklumat. Namun sebaliknya mereka menghubungi ibunya untuk tujuan ugutan. Jadi, korang kena sentiasa berhati-hati menerima panggilan tak dikenali dan jangan mudah percaya arahan mereka. Baca artikel penuh di SINI

8. Konon terbabit kes penggubahan wang haram, rugi RM120,000

November tahun lalu, Berita Harian melaporkan seorang kerani akaun rugi RM120,000 kerana sindiket Macau Scam. Menurut laporan itu, lelaki berusia 39 tahun ini dipanggil ke mahkamah untuk perbicaraan kes kerana terbabit dengan sindiket penggubahan wang haram.

Namun, sepanjang perbualan bersama seorang lelaki yang mendakwa dirinya berpangkat sarjan, dia memberitahu supaya menyimpan perkara ini antara mereka saja. Akibat berasa panik dan takut, mangsa terus melakukan beberapa transaksi mencecah jumlah RM120,000 yang didakwa akan digunakan untuk tujuan siasatan.

Korang di luar sana, hati-hati menerima panggilan dan jangan terus melakukan transaksi tanpa pengetahuan orang lain. Terus buat laporan polis jika ada perkara yang meragukan. Baca artikel penuh di SINI

Berhati-hati, sentiasa berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan taktik licik scammer

Selain apa yang admin kongsikan di atas, sebenarnya baaanyak lagi kes-kes membabitkan sindiket scam dilaporkan sepanjang tahun 2018. Justeru, CIMB bersama PDRM KL bekerjasama mewujudkan kempen Beware, Be Aware, Stop the Scammers.

Ia diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai supaya peka dengan gejala tidak sihat ini dan mendidik mereka dengan langkah-langkah yang harus dilakukan supaya tidak terjebak dengannya.

Untuk mengenalpasti jenis scam, langkah-langkah yang harus diambil supaya tidak terus ditipu, korang boleh layari laman web CIMB. Jom kita sama-sama membanteras jenayah scam ini supaya tidak terus berleluasa pada masa akan datang!

Mesej ini dibawakan khas oleh CIMB.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×