berita

Jom Layan 8 Lagu & Cerita Yang Terus Buat Korang Rasa Macam Nak Berdrama. Acahlah!

January 23rd, 2018 | by Epul
Kini Trending

Siapa-siapa pun suka dengar lagu atau tengok cerita, betul tak? Apa kata orang? ‘Music is life, bro!’ Sampaikan, waktu tunggu bas dengar lagu, buat kerja dengar lagu, jogging dengar lagu, masak dengar lagu, nak tidur pun dengar lagu tau! Korang macam tu jugak ke?

Tapi, ada sesetengah penggemar lagu dengan cerita ni suka acah feeling-feeling macam dalam drama bila layan semua tu.. Korang rasa, lagu atau cerita apa diorang layan agaknya eh?

1. Luluh – Khai Bahar

Bila tengah bulan macam-macam masalah datang, hutang menimbun lepas tu dapat tau gaji bulan tu dapat lambat pulak. Sedihnya… Sampai rumah lepas kerja telefon tak berhenti berdering, salah satu call dari girlfriend mintak putus. Second call dari orang kampung, bagi tau mak dah ‘takde’… Memang kena lagu ni dengan keadaan :(

2. Dari Mata – Jaz

Siapa kat sini baru masuk universiti/kolej? Amacam first day korang? Masa nak pergi kelas ada terlanggar mamat/awek mana-mana tak sampai terjatuh buku? Mesti dia tolong kutip, sambil mata bertentang mata kan? Wah, macam dalam drama betul, mesti cakap dalam hati ‘adakah ni jodoh aku’… Mengaku je lah!

3. Lagu Kita – Aizat

Kalau korang dah ada girlfriend/boyfriend, takpelah kalau feeling dengar lagu ni… Tajuk dia ‘Lagu Kita’ pun dah seakan-akan ni lagu yang melambangkan cinta korang, gitu! Mesti teringat saat-saat manis, korang sambut birthday masing-masing, buat surprise dan macam-macam lagi lah! Ala, sweetnya macam dalam drama!

Admin pun suka gila lagu ni bila teringat kat girlfriend sendiri, hehehe… Bila layan kat Spotify, memang feeling habis waktu drive tu. Dapat pulak dengar dengan data tanpa had dari pelan P79, tak payah risau buffering atau habis data!

4. Aku Mula Rindu – Hez Hazmi

Bila dah bercinta, lama tak jumpa sebab sibuk banyak kerja mulalah nak rindu masing-masing! Dengar pulak lagu Hez Hazmi – Aku Mula Rindu, sambil melihat ke luar tingkap kereta sambil hujan, fuhh rindunya kat si dia! Macam dalam drama sangat perangai kan? Hahaha…

5. Ayat-Ayat Cinta

Filem arahan Hanung Bramantyo, Ayat-Ayat Cinta yang ditayangkan pada tahun 2008 ni masih menjadi bualan netizen sebab ramai suka jalan cerita dan kisah cinta suci antara Fahri dan Aisha. Cinta pandangan pertama mereka membuatkan si isteri masih setia walaupun suami dituduh merogol di belakangnya…

Kalau korang, masih ada yang mampu kuat untuk menempuh ujian berat sebegitu?

6. Menjaga Hati – Yovie & Nuno

Pernah tak korang check phone pasangan dan kantoi diorang ada mesej lelaki/perempuan lain? Apa perasaan korang masa tu? Pedih beb… Penat kita jaga hati dia, tapi takde siapa jaga hati kita. Diam-diam dia curang belakang kita… Jomlah dengar lagu Menjaga Hati ni, lepas ni jaga hati sendiri je…

Selain jaga hati, hari korang pun kena jaga tau supaya takde lah suram je! Dengar lagu puas-puas takpun layan drama best-best supaya menggembirakan hati korang. Dan, tak perlu risau pasal data sebab pelan P79 kini ada data tanpa had untuk layan lagu dengan video!

7. 30 Hari Mencari Cinta

Ditayangkan pada tahun 2004, filem 30 Hari Mencari Cinta arahan Upi Avianto menjadi kegilaan ramai gadis-gadis dan remaja dalam mencari cinta sejati. Ramai juga yang mengagumi persahabatan akrab antara Keke, Gwen dan Olin yang bersahabat baik dari sekolah menengah. Happy melayari zaman remaja, tak fikir masalah, enjoy je hidup…

Korang dulu mesti pernah lalui zaman remaja kan? Seronok enjoy hidup dengan kawan-kawan… Feeling bercinta dengan kekasih dan macam-macam lagi lah! Bila teringat balik, rasa macam dalam drama je bila kisah cinta korang lebih kurang sama macam jalan cerita filem tu. Kahkah!

8. Januari – Glenn Fredly

Bila dengar lagu ni, mesti teringat kisah cinta korang tak putus dipertengahan jalan kan? Disebabkan orang ketiga, salah faham dan macam-macam lagi lah punca korang putus… Itu semua kisah lama… Masih ada yang lebih baik menanti korang di luar sana okay!

Cakap pasal Januari ni, kitorang nak bagitau benda best yang korang patut dapatkan di bulan Januari. Skrol ke bawah sekarang!

Nak layan semua lagu dan cerita ni hari-hari?

Ha, Januari ni U Mobile telah memperkenalkan pelan pascabayar baru iaitu Pelan Unlimited HERO P79 yang menawarkan data TANPA Had untuk stream kandungan video dan muzik! Korang boleh layan di Netflix, iflix, Viu, Hypp TV, YouTube, Spotify, JOOX, Apple Music, KKBox dan banyak lagi!

Selain tu, dengan Pelan Unlimited HERO P79, korang juga akan dapat:-

  • Data (kegunaan sepanjang hari) : 20GB
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Data tanpa had untuk WhatsApp dan WeChat

Kalau nak tau, sesiapa yang mendaftar untuk pelan Unlimited HERO Postpaid P79, korang akan dapat 6 bulan akaun premium di platform streaming lagu Spotify secara PERCUMA. Wow, bestnya!

Selain ciri streaming kandungan lagu dan video tanpa had, U Mobile juga menawarkan pelan sosial tanpa had iaitu Pelan Unlimited HERO Postpaid P68 yang mana korang akan dapat data tanpa had untuk Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp, WeChat dan FB Messenger…

Dengan Unlimited HERO Postpaid P68 juga, korang akan dapat:-

  • Data (kegunaan sepanjang hari) : 15GB
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian

Nak tau lebih lanjut mengenai kedua-dua pelan ni? Jom layari laman web U Mobile okay!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×