berita

Jom Rebut 8 Proton X70, Percutian Mewah & Hadiah Sehingga RM2.5 Juta Dengan Boost Super Shake. Wow!

May 10th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Jenama kereta kebanggaan Malaysia, PROTON, baru melancarkan model terbaru iaitu X70 pada tahun lalu. Cantik kan? Admin pun sempat pandu uji masa pelancaran tempoh hari dan sampai sekarang terngiang-ngiang keseronokan berada dalam SUV pertama keluaran PROTON tu.

Teringin nak beli satu. Tapi, bila tengok akaun bank, admin hanya mampu mengusap dada, hahaha! Tapi, aplikasi bayaran tanpa tunai Boost menawarkan 8 Proton X70 sebagai hadiah utama dalam kempen terbaru mereka iaitu Super Shake.

Bukan itu saja, banyak lagi hadiah menarik yang boleh direbut seperti percutian mewah ke destinasi pilihan dan hadiah berjumlah sehingga RM2.5 juta dalam kempen yang berlangsung dari 29 April hingga 18 Ogos 2019 itu. Macam mana nak dapatkan hadiah-hadiah menarik tu?

Apa yang korang perlu lakukan hanyalah ubah cara pembayaran dengan aplikasi Boost. Tapi ada trick tertentu…

Meh admin ajar!

  1. Bagi korang yang belum ada aplikasi Boostdownload di App Store untuk platform iOs dan Play Store untuk platform Android kemudian terus daftar macam biasa.
  2. Shopping secara online atau di mana-mana kedai berjumlah RM10 dan bayar dengan aplikasi Boost untuk mendapatkan 1 token.
  3. Swipe up di laman utama aplikasi Boost untuk melihat promosi terkini dan klik ‘Super Shake‘.
  4. Gunakan token yang korang dah kumpul untuk pilih hadiah mana korang nak menang mengikut peringkat tertentu. Tu je, senang kan?

Bagi korang yang masih tak tau tentang aplikasi ni, Boost ialah aplikasi ‘mobile wallet’ yang membolehkan korang membuat pembayaran kepada penjual yang mengambil bahagian dengan hanya menggunakan telefon bimbit tanpa perlu mengeluarkan tunai. Senang kan?

Lagi banyak pembayaran yang korang lakukan dengan aplikasi Boost, lebih banyak token yang korang akan dapat tau. Dengan itu, lagi tinggi peluang korang untuk rebut hadiah utama!

Kalau nak kumpul banyak token, apa kata korang…

  1. Scan & bayar menggunakan aplikasi Boost di outlet-outlet ni: F&B (The Chicken Rice Shop, KFC, Nandos), kecantikan dan kesihatan (Watsons), Hypermarket (KK Mart, 99 Speedmart), stesen minyak (Shell), online shopping (Zalora) dan lain-lain.
  2. Bayar parking dengan aplikasi Boost.
  3. Beli top up prepaid & prabayar untuk diri sendiri atau sekali-sekala belanjalah kawan dan keluarga korang top up dengan menggunakan aplikasi Boost.
  4. Bayar bil air, elektrik, Astro dan telefon bimbit korang, mak ayah, abang, ‘buah hati’ atau bakal keluarga mertua (:p) dengan aplikasi Boost.
  5. Kalau nak explore baaanyak lagi pembayaran yang korang boleh buat dengan aplikasi Boost, tekan tab ‘Do More‘ dalam aplikasi Boost korang.

* Tapi, korang tak akan dapat token kalau menambah nilai ke dalam Boost Wallet dan melakukan pemindahan P2P ke akaun lain tau

Rebut banyak lagi hadiah best dengan Boost Super Shake!

Untuk pengetahuan korang, hadiah yang ditawarkan dalam kempen Super Shake ni terbahagi kepada tiga peringkat yang mana korang boleh tebus hadiah bergantung kepada jumlah token yang korang ada.

Untuk peringkat pertama, ada Proton X70 yang korang boleh rebut. 20 token layak untuk satu penyertaan dan setiap dua minggu mereka akan umumkan satu pemenang berdasarkan cabutan sepanjang tempoh kempen. Jadi, rajin-rajin buat pembayaran dengan aplikasi Boost okay!

Untuk peringkat kedua pula, hadiah yang Boost tawarkan pun bukan calang-calang! Ada baucar percutian, pengering rambut Dyson SuperSonic, Samsung 49” 4K TV, baucar JAKEL bernilai RM1500 serta pas masuk ke Universal Studios Singapore. Wow!

Manakala, untuk peringkat ketiga pula, sebanyak 80 pemenang bertuah akan menerima pulangan tunai sebanyak RM80 hingga RM100.

Kalau korang ada token yang tak digunakan, jangan risau sebabnya korang boleh bawa token tu ke minggu seterusnya dan korang juga  boleh tambah lagi token untuk meningkatkan peluang kemenangan. Nak chance tinggi untuk menang hadiah? Apa kata korang letak token dekat hadiah yang kurang peserta. Mana tau ada rezeki korang.

Kalau nak tau berapa token korang perlukan untuk tebus hadiah di peringkat tertentu, layari laman web Boost okay!

Tunggu apa lagi? Cepat download dan buat pembayaran dengan aplikasi Boost untuk mengumpul token, dapatlah korang rebut salah satu dari hadiah utama iaitu Proton X70 yang admin sebut tadi. Dapat kereta free siapa tak nak kan?

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai kempen Super Shake dari Boost ni, layari laman web Boost sekarang. Selamat berbelanja!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×