berita

Jom Support Produk Tempatan Dengan Watsons #feelgreatwithlokal & Menang Pakej Percutian

September 4th, 2020 | by Epul
Kini Trending

Bila shopping tak kisahlah barang dapur, pakaian, barang kosmetik atau produk kesihatan, korang akan pilih jenama antarabangsa atau tempatan? Kalau admin akan consider jenama tempatan sebab perniagaan mereka dijalankan oleh orang kita sendiri!

Bila orang Malaysia sendiri buat produk tu, kita yakin dan percaya ia diperbuat daripada bahan yang dijamin keselamatannya serta pastinya mereka akan menyumbang keuntungan kepada badan kebajikan atau organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.

Kualiti setanding jenama antarabangsa

Oleh itu, jomlah support produk dan jenama tempatan bersama Watsons melalui kempen #feelgreatwithlokal yang menampilkan ratusan jenama tempatan di bawah satu bumbung seperti Silkygirl, Simplysiti, Flavettes, Safi, Hipster, NH Detoxlim dan Good Virtures Co.

Untuk pengetahuan korang, ia diadakan bagi menyokong pelbagai jenama tempatan dengan kerjasama rakan niaga mereka. Ada 60 jenama tempatan yang ditawarkan sepanjang kempen #feelgreatwithlokal dan lebih banyak akan ditambah secara perlahan!

Selain jenama tu, pelbagai lagi jenama terkemuka yang menghasilkan produk berkualiti tinggi setanding jenama antarabangsa seperti Claire, Hurix, Spoon Health, Surya, Bad Lab, Smelly No More, Nu Nature, Aiken, Cosmoderm, Nano White, Nurish Organiq, So Lek, Alia dan C.Code kalau korang belum tahu.

Diskaun 60% untuk produk kedua

Lebih 500 produk yang menarik dan berkualiti korang boleh dapatkan sempena #feelgreatwithlokal. Malah, sempena kempen #feelgreatwithlokal, korang boleh dapatkan produk kedua daripada jenama tempatan dan produk antarabangsa pada diskaun 60% tau! Murah betul…

Peluang menang pakej percutian

Selain promosi menarik untuk produk terpilih, korang juga berpeluang untuk memenangi pakej percutian ke destinasi terpilih di Malaysia atau baucar makan dan minum melalui peraduan WIN Cuti-Cuti Lokal sempena kempen #feelgreatwithlokal tau!

Cuma berbelanja minimum RM50 untuk jenama produk yang admin kongsikan tadi di kedai atau Watsons ONLINE daripada 1 – 28 September dalam satu resit dan daftarkan penyertaan di laman web peraduan, korang berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada 100 pemenang bagi menikmati percutian 2H1M, tiket masuk taman tema air atau baucar makan.

Banyak hadiah menarik korang boleh rebut sempena peraduan WIN Cuti-Cuti Lokal ni seperti baucar Hotel Traveloka bernilai RM300, percutian 2H1M di Macalister Terraces, Pulau Pinang; TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur; Capri by Fraser, Johor Bahru; Empire Hotel, Subang; Colmar Tropicale @ Berjaya Hills, Pahang dan banyak lagi lokasi percutian menarik.

Selain itu, terdapat juga hadiah pas tiket masuk tahunan ke Desaru Coast Adventure Waterpark, Johor Bahru dan baucar tunai makanan bernilai RM50 dan RM20 di Mala Mala Family, Kluang Station dan MyLaksa. Sedapnya!

Daftar ahli Watsons hari ini

Kalau korang ahli Watsons, jom sertai peraduan WIN Cuti-Cuti Lokal harini. Kalau korang belum jadi ahli Watsons, korang kena daftar dulu jadi ahli Watsons sebab peraduan WIN Cuti-Cuti Lokal ni untuk ahli Watsons je!

Tapi, jangan risau sebab korang boleh daftar jadi ahli Watsons semudah 1, 2, 3 untuk menyertai peraduan WIN Cuti-Cuti Lokal ni. Cuma kunjungi cawangan Watsons terdekat dan daftar untuk menjadi ahli bagi merebut insuran hayat, 500 mata Watsons dan baucar ganjaran bernilai RM5,000 secara PERCUMA!

Jom ke Watsons hari ini dan sokong produk jenama tempatan! #feelgreatwithlokal

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×