berita

Jonas Brothers Simpan Foto Yuna Dalam Handphone

October 10th, 2012 | by M
Kini Trending

Jonas Brothers yang popular dengan lagu Burnin’ Up membuat kejutan apabila menayang foto album Yuna serta memainkan sebuah lagu penyanyi itu melalui Skype kepada pihak media sempena sidang media Jonas Brothers Live In Malaysia 2012, pagi semalam. Jonas Brothers yang diwakili oleh Nick, Kevin & Joe ini berbuat demikian setelah disoal akan penyanyi Malaysia yang dikenali mereka.

Mereka mempunyai alasan yang tersendiri apabila memilih Asia sebagai lokasi untuk konsert jelajah ini. Menurut ketiga-tiga beradik ini, Asia dipilih kerana mereka ingin meneroka keunikan negara-negara di sekitarnya dan juga sebagai tanda kemunculan semula mereka dalam industri hiburan.

Berkata kepada media, selama ini mereka berada dalam mode hiatus kerana sibuk dengan projek solo seperti program tv realiti, “Marriage To Jonas” yang diterbitkan oleh Ryan Seacrest & Channel E!, di mana program ini membawa penonton mendekati dengan lebih dekat kaum keluarga serta scoop eksklusif yang berlaku di belakang tabir.

Konsert Jonas Brothers Live In Malaysia 2012 yang dianjurkan oleh The Wonderland+ akan berlangsung pada 24 Oktober 2012 di Stadium Negara Kuala Lumpur, bermula pukul 8 malam.

Anda boleh mendapatkan tiket yang bermula pada harga RM 88 & RM188 (Free Seating), RM238 (Rock Zone) dan RM288 (VIP Number Seating / The Pitt), tak termasuk yuran proses sejumlah RM3, melalui laman Ticketcharge dan wakil-wakil penjual.

Untuk sebarang info, boleh hubungi TicketCharge di +60 3 9222 8811 atau lawat ticketcharge.com.my.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×