berita

Joo Won Keluar Dari Rancangan 2 Days 1 Night

October 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Joo Won

Pastinya para penonton setia rancangan 2 Days 1 Night (2D1N) akan merasa kecewa dan sedih apabila mengetahui aktor kacak, Joo Won akan meninggalkan rancangan tersebut tidak lama lagi.

Berita itu telah disahkan sendiri oleh pihak pengurusan KBS dan sebab utama Joo Won meninggalkan rancangan tersebut adalah kerana jadual kerjanya yang terlalu padat.

Ya, Joo Won akan meninggalkan 2D1N. Ini kerana jadual kerjaya seninya yang padat dan buat masa ini kami masih lagi membincangkan bilakah tarikh yang sesuai untuk membenarkan dia tinggalkan KBS.

KBSSedutan program 1 Night 2 Days

Dalam pada itu, pihak KBS turut memaklumkan pahawa pihaknya tidak akan mengambil ahli baru bagi menggantikan tempat Joo Won dan mereka akan tetap meneruskan rancangan tersebut dengan hanya enam orang ahli sahaja.

Untuk makluman, Joo Won telah mula menyertai 2 Days 1 Night sejak Februari lalu dan buat masa ini aktor tersebut masih lagi membintangi beberapa drama seperti Good Doctor dan Ghost.

Sumber : All Kpop

SKIP THIS AD ×