Umum mengetahui, kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hanya Sekali Lafaz, Nina Ismail Sabri Sah Jadi Isteri Hafiz Osman
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dilamar Kawan Baik, Kongsi Momen Bahagia Disarung Cincin – ‘Persahabatan 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup’
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Pakai Selempang ‘Bride To Be’, Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?
Maaf tak dapat hadir
Terbaru, pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Jovian Mandagie mengucapkan tahniah buat bekas isterinya kerana sudah kembali bergelar isteri. Menerusi posting di Instagram Story, Jovian memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri semasa majlis perkahwinan Nina dan Hafiz.
Tambah Jovian, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nina dan Hafiz.
Semoga kalian gembira dan bahagia sentiasa. Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Sementara itu, di posting yang berlainan, Jovian berkata, perpisahan bukan pengakhiran tetapi permulaan untuk mencari kebahagiaan yang lebih indah. Ujar Jovian, dia dan Nina masih berhubung baik dan saling menghormati antara satu sama lain demi masa depan anak mereka.
Sumber: Jovian