berita

Jual Rumah RM1.2 Juta, Shuk Sahar Mahu Bina Kehidupan Baru Di Pulau Pinang

June 14th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas membuat keputusan untuk menjual rumah banglo yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, kini tiba masanya untuk pelawak Shuk Sahar menyerahkan kepada pemilik baharu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Shuk Sahar Ucap ‘Bye Bye’ Dekat Rumah Banglo, Netizen Suruh Ambil Pengajaran – ‘Hidup Ini Ibarat Roda’

Menerusi laporan Harian Metro, Shuk memberitahu dia sedih kerana terpaksa menjual rumah itu.

Dah beli sebelum raya

Insya-Allah ada yang lebih baik. Bye Ferrea (Ferrea Denai Alam). Rumah orang dah beli sebelum sambutan hari raya hari tu lagi. Cuma proses agak lama. Ini pun saya masih kemas barang untuk dibawa keluar. Diakui memang sedih, tapi tidak apa lah ada rezeki lain nanti. Banyak kenangan dalam rumah ini. Semuanya tinggal kenangan. Doakan saya ya.

Ujar Shuk, dia bakal berpindah ke Pulau Pinang dan menetap buat sementara waktu di sana.

Saya akan terus pindah dan buat sementara waktu duduk di Pulau Pinang. Dalam masa sama, saya memang sedang ‘set up’ perniagaan kafe iaitu Smooth Café di Sungai Dua, di sana.

Sibuk kemas barang

Disoal mengenai status perkahwinan dengan Rossa, Shuk memberitahu Rossa sedang sibuk mengemas barang. Terdahulu, Shuk mahu menjual rumahnya dengan harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang. Menurut Shuk, dia perlu menjual rumah itu bagi meneruskan kehidupan dan memulakan sesuatu yang baharu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×