Selepas membuat keputusan untuk menjual rumah banglo yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, kini tiba masanya untuk pelawak Shuk Sahar menyerahkan kepada pemilik baharu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlukan Duit Untuk Teruskan Kehidupan’ – Shuk Sahar Nak Jual Rumah Harga 1.2 Juta, Netizen Nasihat Contohi Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Nafi Sudah Kahwin Dengan Fara Salleh
Kemas rumah
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuk, 36, memuat naik sebuah video yang memaparkan kerja-kerja membawa keluar semua barang dari rumah yang dianggarkan bernilai 1.2 juta.
Rakaman video itu turut disertakan kapsyen; ‘Insya-Allah ada yang lebih baik bye-bye Ferrea (nama rumah).
Sebelum ini, Shuk mendedahkan dia memerlukan wang justeru terpaksa melepaskan banglo mewah itu bagi mengelakkkan berdepan kesukaran lain pada masa hadapan.
Allah bagi pengajaran
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar Allah permudahkan urusan pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar selepas bertubi-tubi diduga.
Namun, ada juga yang mengingatkan pelakon filem Adnan Sempit 2 untuk insaf dan kembali ke pangkuan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan anak-anak.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum ini, Sera mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk bagaimanapun status rumah tangga ini tidak dapat dipastikan.
Sumber: Instagram @shuk_sahar