berita

Juara #AF2014 Milik Firman!

November 9th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Akademi Fantasia 2014-15
Pergh pergh pergh, memang sengit sangat persaingan di konsert akhir Akademi Fantasia 2014 (AF2014) sebentar tadi. Paling menyerlah dah semestinya Firman, Adel dan Nuha (Eh, ni pendapat kami je. Jangan marah).

Tahniah diucapkan kepada Firman yang berjaya merangkul gelaran juara AF2014 mengalahkan empat lagi finalis yang kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Tapi jujur kami cakap, Firman ni memang ada aura juara sejak dari awal dia memasuki akademi. Sewaktu malam kemuncak konsert final baru ditayangkan, peminat dapat melihat Firman berada di tangga bawah. Tapi selepas Firman mendendangkan lagu Kejoraku Bersatu untuk persembahan pertama, peratus undiannya terus naik mencanak-canak hingga berjaya ‘tapau’ Adel di tempat pertama.

Akademi Fantasia 2014-3

Lagu kedua dan terakhir Firman berjudul Di Pintu Mu yang dihasilkan oleh M. Nasir pun berjaya membuat satu dewan hanyut dengan nyanyiannya yang memukau.

Sebagai juara, Firman dianugerahkan sebuah trofi, wang berjumlah RM50,000, kereta Toyota Vios dan tajaan pakej percutian.

Naib Juara pula yang diraih oleh Aman membawa pulang sebuah trofi, kereta Perodua MyVi, wang bernilai RM30,000 dan tajaan pakej percutian.

Ewal selaku pemenang tempat ketiga memperoleh sebuah trofi, wang RM20,000, pakej percutian dan trofi.

Nuha – Pemenang tempat keempat membawa pulang RM15,000, tajaan pakej percutian & trofi.

Adel – Pemenang tempat kelima membawa pulang wang RM10,000, tajaan pakej percutian & trofi

Kredit foto : Facebook Akademi Fantasia

SKIP THIS AD ×