berita

‘Jujurlah Kepada Diri Sendiri’ – Isu Bantuan PKP Jadi Perhatian, Guru Besar, Orang Rumah Banglo Pun Dapat!

April 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah situasi yang dihadapi oleh segelintir golongan tidak kemampuan. Lebih-lebih lagi, mereka tidak dapat keluar mencari rezeki disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Bagaimanapun, ada beberapa organisasi dan persatuan menghulurkan bantuan makanan kepada golongan ini bagi meringankan beban.

Sebaliknya, menerusi perkongsian dari Rosli Din pula mendedahkan terdapat segelintir pengurusan masjid turut menyalurkan sumbangan kepada golongan berkemampuan selain memberikannya kepada golongan miskin. Hal demikian membuatkan segelintir pihak kurang senang dengan cara tersebut.

Tidak puas hati cara pembahagian makanan

Rata-rata netizen merasakan tidak puas hati cara pembahagian bantuan makanan oleh berbagai pihak termasuklah oleh badan-bada berkanun dan NGO. Ada yang ikut senarai, ada yang ikut arahan Tok Ketua. Macam-macam cara digunakan untuk menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.

Semasa kami menghantar bantuan kepada penerima-penerima yang terlibat kami sempat interview penerima dan orang kampung. Soalan pertama, ada ke dapat bantuan? dapat apa? Macam-macam jawapan yang diberikan. Bila kita tengok anak-anak berjembik tapi dapat beras 5 Kg dan gula 2 Kg, rasanya tak salah untuk diberi lagi.

Ada yang jujur, ada yang tidak. Ada dari kawasan yang sama tapi ada yang dapat, ada yang tidak. Penyewa atau warga asing yang sama-sama berjemaah di masjid memang tidak masuk list. Disinilah perlukan ketua yang jujur dan amanah.

Rumah banglo dapat bantuan dari pihak masjid

Pernah kami berjumpa dengan ketua masjid. Dia kata pihak masjid sediakan 500 pax. Banyak tu. Alhamdulillah, pihak masjid menyahut seruan menteri agama agar sama-sama membantu dalam keadaan sekarang, gunakan duit tabung masjid yang ada 6 angka. Tapi wajarkah semua warga kariah menerima bantuan? Dalam kawasan itu ada yang miskin dan ada yang kaya.

Bayangkan rumah banglo yang parking 4 kereta bertiangkan Roman pillar mendapat bantuan makanan dari pihak masjid. Bayangkan Guru Besar yang dapat gaji bulan-bulan pun dapat. Ini bukan bantuan, ini adalah gharar dan syubhah. Yang sedihnya boleh post kat Facebook dan group Whatsapp macam tak ada perasaan.

Bagilah kepada yang layak

Tolonglah, kepada yang memberi dan menerima. Allah bagi otak dan fikiran untuk digunakan kewarasan sewajarnya. Kutipan masjid bukan untuk semua ahli kariah, tapi untuk yang sangat-sangat memerlukanya. Kepada yang menerima, jujurlah kepada diri. Susahkah nak kata, terima kasih, saya masih mampu. Bagilah kepada yang lebih layak.

Buanglah budaya menerima barangan sampai busuk tidak diguna, sebusuk-busuknya otak yang duduk dilutut bukan dikepala.

Kesian makcik yang sakit lutut

Teringat ambe masa balik dari Mina, berjalan kaki ke Mekah. Sepanjang 16 Km perjalanan itu orang-orang Arab yang kaya letak kontena-kontena yang berisi apa saja. Ambillah sebanyak mana. Tak ada siapa nak tanya. Ramai yang tamak isi lagi tak mahu. Air Pepsi, epal, nasi Mandy, jus oren, maggie. Sepenuh-penuhnya. Akhirnya, tak mampu nak sampai ke Mekah membawa semua, akhirnya dibuang begitu saja. Manusia memang tamak sentiasa.

Yang memberi otaknya tak guna, yang menerima tiada kesal dan dusta. Bayangkan jika orang-orang kaya kat Malaysia letak foodpax di atas jalan raya atau di tepi lebuhraya seperti di German dan Turkey. Agak-agak siapa yang ambil dan siapa yang putih mata? Sian makcik yang sakit lutut nak berjalan ke rumah tok ketua, nak ambil beras sekampik dan sekilo gula.

Sumber: Rosli Din

SKIP THIS AD ×