

Pelakon Julia Farhana mendedahkan dirinya tidak pernah merasai suasana menyambut hari raya namun, segalanya berubah setelah mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Hafiz.
Artikel Berkaitan: Tiga Kali Berdepan Klaustrofobia, Julia Farhana Ambil Inisiatif Lawan Ketakutan – ‘Saya Buat Rawatan Exposure Therapy’
Artikel Berkaitan: Julia Farhana Dedah Wanita Cuba Goda Suami Depan Mata, Syukur Dr Che Hafiz Setia & Tahu Jaga Batas
Beraya bersama keluarga mentua

Ketika ditemui OhBulan!, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 31, teruja menyambut hari raya buat kali ketiga bersama keluarga mentua.
Menjawab daripada segi persiapan, Julia tidak banyak membuat pembelian kerana menerima baju raya daripada rakan-rakan pereka fesyen.
Mak mentua saya dah sediakan segalanya.
Saya sebenarnya tidak pernah rasa raya sebab ayah saya orang Italy dan ibu Sabah.
Bila dah kahwin dengan suami, baru saya dapat rasa raya itu apa.
Dua tahun lepas adalah raya pertama saya.
Daripada segi persiapan, saya tak membeli sebab Alhamdulillah banyak designer yang beri saya baju.
Julia berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi dan majlis berbuka puasa Star Powerhouse di Hotel St Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Berkongsi lebih lanjut, Julia memaklumkan bahawa nasi ayam adalah makanan wajib setiap kali menyambut hari raya.
Walaupun keluarga mentua saya dari Kelantan, ibu mentua saya lain sikit.
Ibu mentua saya ada nasi ayam istimewa dimana saya dah ‘pro’ buat.
Tapi nasi kerabu dan nasi dagang selalu tiada.








