berita

Julia Perez Nak Tukar Nama Selepas Dibebaskan?

May 22nd, 2013 | by Ai
Hollywood

Julia Perez

Pelakon dari seberang yang sering menimbulkan kontroversi, Julia Perez difahamkan akan mula menukar namanya kepada nama baru setelah dibebaskan dari Penjara Pondok Bambu atas kesalahan bergaduh dengan pelakon Dewi Persik sekitar bulan November 2011 yang lalu.

Julia Perez atau lebih mesra disapa sebagai Jupe telah memaklumkan berita tersebut kepada pihak media Indonesia, di mana dia berhasrat untuk menukar nama Perez kepada nama Riche setelah dibebaskan pada 17 Jun nanti.

Nama Julia Riche diinspirasikan daripada sebuah komik kegemaran saya iaitu Richie Rich. Lagipun rich kan maksudnya kaya, jadi secara tidak langsung ia turut menjadi doa yang baik untuk diri saya.

Lagipun saya juga harus menghormati teman lelaki, Gaston Castano. Sebelum ini nama Perez diambil daripada nama bekas suami saya iaitu Damien Perez.

Walaupun sebelum ini Gaston cuma berdiam diri, tapi saya tahu sedikit sebanyak dia tidak berapa suka dengan nama itu.

jupe-1

Jupe sewaktu ditahan oleh pihak berkuasa Mac lalu

Menurut laporan yang berlainan, Jupe turut dikatakan telah menangis sewaktu mengetahui namanya telah tercalon dalam Pemeran Utama Wanita Terpuji di Festival Film Bandung yang akan diadakan pada 15 Jun depan.

Setelah berlakon 20 buah filem, akhirnya cita-cita saya tercapai. Tapi rasa sangat sedih sebab mendapat tahu berita gembira tersebut sewaktu keadaan saya begini.

Bertambah sedih apabila dapat tahu acara tersebut bakal diadakan 2 hari sebelum saya dibebaskan. – DetikHot

Untuk makluman, Jupe telah ditahan di Penjara Pondok Bambu sejak pertengahan Mac lalu dan dijatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan atas kesalahan bergaduh dengan pelakon Dewi Persik.

Artikel Berkaitan :

SKIP THIS AD ×