Sekitar penghujung tahun lepas, industri hiburan dikejutkan dengan isu Julia Perez yang menghina mutu drama tempatan. Tak cukup disitu, Julia Perez atau Jupe dan juga Zed Zaidi telah menghangatkan lagi media dengan ‘perang Twitter’ serta dakwaan bahawa Jupe berlakon di Malaysia tanpa permit sah.
Hari ini, Zed Zaidi dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar tabloid tempatan telah mengesahkan bahawa Jupe telah pun mendaftar sebagai salah seorang ahli Persatuan Seniman.
“Julia Perez sudah mendaftar dengan persatuan minggu lalu melalui pengurusannya di Malaysia. Dia sudah ikut syarat dengan berdaftar sebagai ahli. Pada saya memang dah tak ada masalah, tetapi bagi rakyat Malaysia saya tak tahu. Kuasa saya sampai sini saja.”
Pelakon dari Indonesia ini juga telah menghantar surat kenyataan maaf secara rasmi kepada Seniman dan ini diakui sendiri oleh Zed Zaidi.
“Saya ada menerima surat minta maaf dari pihaknya kira-kira tiga minggu lalu. Melalui surat itu, Julia meminta maaf kepada rakyat Malaysia berikutan terlanjur kata. Julia berharap dapat bekerjasama dengan orang Malaysia untuk masa depan.” – dipetik dari Sinar Harian.