Penyanyi, Ayda Jebat mendedahkan dia tidak tahu di mana keberadaan adiknya, Fyna Jebat kerana sudah hampir tiga bulan tidak berhubung.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Tak Mahu Masuk Campur Hal Rumah Tangga Fyna – ‘Tanya Tuan Punya Badan’
‘Mungkin dalam tempoh bertenang’
Ketika ditemui OhBulan!, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada binti Jebat, 31, berkata dia tidak menolak kemungkinan bahawa emosi adiknya itu sedikit terganggu ekoran berita penceraiannya dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Datuk Zainal Abidin Hassan pada Mei yang lalu.
Saya tak pasti dengan keadaan Fyna sekarang sebab dah lama juga tak contact dia. Saya rasa ada dalam tiga bulan lepas dia telefon saya tapi waktu tu saya tak sempat nak jawab sebab ada shooting waktu tu.
Saya pesan pada dia untuk telefon saya pada malam tu juga tetapi selepas itu dia terus menghilangkan diri begitu sahaja. Saya tak terkejut kerana itu memang cara Fyna.
Mungkin dia di dalam tempoh bertenang sebab dia tak biasa dengan media, dengan netizen. Mungkin dia sedang cuba untuk lari atau faham dengan apa yang berlaku ketika ini, saya pun tak pasti.
Tapi saya tahu dia punya tahap tu kritikal atau pun tidak sebab kalau dia kritikal dia akan cari saya tapi kalau dia diam je dan tak cari saya tu mungkin dia okay lah tu.
Ayda berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Aurawhite Beauty yang diadakan di Parkroyal Collection, Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Pencuri Hati’ itu memaklumkan bahawa meskipun mempunyai pertalian darah, dia memilih untuk tidak mencampur urusan peribadi adiknya itu.
Kalau boleh saya tak nak masuk campur urusan peribadi dia. Tapi kalau dia nak saya tolong dia dari segi kerjaya seperti buat lagu ke atau apa sahaja yang berkaitan dengan kerja dia boleh datang pada saya bila-bila masa.
Keluarga agak terkesan
Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga, Ayda mengakui keluarganya sedikit sebanyak terkesan dengan apa yang berlaku.
Pastinya ia memberikan kesan pada keluarga tapi nak buat macam mana kan? Fyna yang memilih jalan begitu.
Jadi kami sebagai keluarga kena terima apa yang dia pilih, apa yang dia nak. Selagi mana dia okay dan saya harap benda yang jadi merupakan yang terbaik untuk dia dan semua orang yang berada di sekeliling dia.
Sekadar info, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, mengesahkan sudah pun berkahwin secara rahsia dengan Datuk Zainal Abidin Hassan sekitar Januari yang lalu.
Namun, perkahwinan yang dibina itu tidak bertahan lama selepas mereka dilaporkan sudah berpisah pada Mei yang lalu.