berita

Juliana Evans Tewaskan Taylor Swift & Emma Stone Dalam Senarai Wanita Tercantik Dunia

June 12th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Umum sedia maklum bahawa pelakon terkenal dari Korea, Son Ye Jin telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia bagi tahun 2020. Undian ini berdasarkan tinjauan yang dibuat laman Starmometer menerusi platform di laman sosial dan dalam talian.

Lebih mengejutkan lagi, di dalam senarai 100 Wanita Paling Cantik 2020 itu, terselit satu nama wakil dari Malaysia iaitu pelakon popular, Che Puan Juliana Evans. Menerusi laporan Harian Metro, dia telah berjaya menduduki tempat ke 72 keseluruhan sekali gus mengatasi artis antarabangsa lain seperti Emma Stone di tempat ke 75 dan Taylor Swift di tempat ke 76.

Alhamdulillah ada yang sudi undi saya

Alhamdulillah, ada yang sudi mengundi saya dan mesti mereka adalah orang-orang Malaysia. Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mengundi.

Menurutnya, dia tidak sangka bahawa namanya tersenarai dalam 100 Wanita Paling Cantik di Dunia tahun 2020. Dia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia terutama peminatnya. Pencapaiannya ini dituju khas buat semua yang mengundi dirinya kerana dia sendiri tidak tahu yang dirinya tercalon dalam senarai itu.

Percaya kecantikan semulajadi

Saya orang yang percayakan kecantikan semulajadi. Jadi, bila ada orang yang menghargai, saya tumpang rasa gembira.

Apabila usia meningkat, saya tak terlepas daripada berdepan garisan dan kedutan serta masalah kulit yang lain. Namun, itu tak menjadi masalah buat saya.

Tambahnya lagi, dia percaya bahawa kecantikan itu datang secara semula jadi. Apabila usia kian meningkat dia sendiri tidak terlepas dari masalah kulit seperti kedutan dan garisan di muka. Walau bagaimanapun, itu bukan menjadi penghalang buatnya untuk tampil yakin dan menawan di khalayak ramai.

Ramai artis antarabangsa terkenal tersenarai

Selain itu, nama-nama bintang popular antarabangsa turut tersenarai seperti Priyanka Chopra, Selena Gomez, Emma Watson, Gal Gadot, Ursula Corbero, Camila Cabello, Dua Lipa, Lily Collins, Zendaya, Kylie Jenner dan ramai lagi. Walaupun terpaksa bersaing dengan nama-nama besar, Juliana masih mampu mengungguli senarai wanita tercantik di dunia.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×