Penyanyi Ayu Damit menerusi posting Instagram memaklumkan ayahnya baru menghembuskan nafas terakhirnya sekitar tengah hari tadi di rumah.
Bapa telah pergi buat selamanya
Ayu Damit turut berterima kasih kepada keluarga, saudara mara dan peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat arwah ayahnya. Ayu menitipkan ucapan khas buat arwah ayahnya yang selama ini telah membesarkan dia dengan baik sekali.
Assalamualakikum… Dukacitanya Ayu maklumkan bahawa bapa Ayu Damit Bin Osiri telah meninggal dunia sebentar tadi di rumah. Terima kasih pada semua yang selama ini mendoakan bapa Ayu. Pada hari Jumaat yang mulia ini bapa telah pergi buat selamanya. Semoga bapa ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.
Terima kasih atas segala jasa mu bapa yang selama ini memelihara dan menyayangi ku dari kecil hingga kesaat terakhir mu. Ayu berharap suatu hari kita akan berjumpa di syurga nanti. Amin ya rabbal alamin.
Harap kita akan berjumpa di syurga
View this post on Instagram
Ayu bagaimanapun masih belum berkongsi maklumat terperinci mengenai punca kematian arwah yang baru sahaja menghembuskan nafas tadi.
Sumber: Ayu Damit