berita

Jumlah Pengangguran Meningkat, Ini Sebab Jokowi Laksanakan Undang-Undang Cipta Kerja

October 10th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Setelah rusuhan melibatkan kira-kira lebih dari 1000 orang termasuk mahasiswa dan Persatuan Buruh Indonesia di Jakarta, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo masih dilihat mempertahankan Undang-Undang Omnibus.

Artikel berkaitan: Baling ‘Bom Tangan’, Bakar Harta Awam, Rakyat Indonesia Merusuh Bantah Undang-Undang Tenaga Kerja

Memetik laporan menerusi Channel News Asia, Undang-Undang Cipta Kerja yang diputuskan oleh Presiden Indonesia itu dilihat mampu menjejaskan hak perlindungan pekerja.

Penyebaran maklumat salah

Menurutnya, negara Indonesia perlu undang-undang sedemikian bagi meningkatkan pelaburan, menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda dan penganggur yang terkesan dengan krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Sejak awal minggu lalu, Indonesia dicemari protes yang membantah undang-undang baru didakwa akan memberi kesan kepada hak pekerja dan perlindungan tanpa menghiraukan pandemik Covid-19. Kira-kira puluhan ribu penunjuk perasaan termasuk mahasiswa menyertai demonstrasi untuk menolak Undang-Undang Cipta Kerja yang diluluskan Parlimen Indonesia pada Isnin lalu.

Majoriti membantah undang-undang Omnibus itu kerana didakwa menafikan banyak faedah serta kepentingan untuk golongan pekerja. Undang-undang Omnibus membenarkan syarikat menggajikan pekerja secara kontrak terbuka atau tanpa sebarang tempoh tetapi memberikan perlindungan insurans bagi pekerja sektor awam.

Bagaimanapun, Jokowi mendakwa protes ini tercetus disebabkan penyebaran maklumat dan info yang kurang tepat kepada orang awam.

Ini menjadikan keperluan untuk pekerjaan baru sangat mendesak. Jumlah pengangguran terus meningkat tertama dalam keadaan pandemik Covid-19 yang menjejaskan ekonomi rakyat. Di tengah pandemik ini, sekitar 6.9 juta pengangguran dilaporkan dan 3.5 juta lagi terjejas akibat Covid-19. Saya melihat protes itu disebabkan oleh penyebaran maklumat salah kepada orang ramai.

13,000 anggota polis dikerah

Seramai 13,000 anggota polis dikerah dalam protes yang berlarutan sehingga 4 hari itu bagi menghalang kemarahan penunjuk perasaan.

Situasi semakin tegang apabila segelintir penunjuk perasaan membakar balai polis dan memusnahkan harta benda awam hingga menyebabkan asap tebal menyelubungi bandar. Ada juga bertindak ganas dengan melemparkan batu-bata dan serpihan konkrit ke arah anggota keselamatan.

Oleh kerana itu, pihak berkuasa bertindak melepaskan gas pemedih mata selepas kumpulan terbabit semakin mara berhampiran Istana Presiden di Jakarta.

Telah bertemu dengan penunjuk perasaan

Sementara itu, Gabenor Jakarta iaitu Anies Baswedan akan mengemukakan tuntutan kumpulan demonstrasi tersebut kepada Jokowi sendiri.

Saya telah bertemu dengan kumpulan penunjuk. Saya memberitahu mereka bahawa kami telah mendengar suara kumpulan itu dan akan menyampaikan mesej golongan terbabit. Krisis ini boleh menimbulkan ketidakstabilan yang berpanjangan dengan ancaman pandemik yang semakin membimbangkan.

Sumber: Channel News Asia

SKIP THIS AD ×