berita

Jumpa Botol Petrol, 7 Kenderaan Terbakar Di Kawasan Parkir Dipercayai Angkara Khianat

February 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Satu kebakaran besar yang melibatkan beberapa buah kenderaan telah meletup dan terbakar di sebuah kawasan perumahan di Pandai Dalam. Punca kebakaran kenderaan tersebut dipercayai angkara khianat apabila pihak polis menjumpai satu botol berbau petrol di lokasi kejadian.

Angkara khianat dengan api

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku pada Rabu jam 12.45 tengah hari di parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pandai Dalam. Sebanyak tujuh buah kenderaan yang parkir di lokasi tersebut telahpun musnah dan menurut laporan Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields iaitu Superintenden Basri Sagoni telah menemui satu botol berbau petrol dan kesan simbahan ke atas kenderaan itu.

Kita telah pergi ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak tujuh kenderaan pelbagai jenama telah terbakar.

Pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menjumpai satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah yang disyaki menjadi punca letusan kebakaran.

Bau petrol

https://www.facebook.com/baling.viral.1/videos/693631931319301

Tambahnya lagi, sebanyak lima spesimen di tempat kebakaran telah diambil dan dibawa ke makmal untuk analisa punca sebenar kebakaran. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×