berita

Jumpa Muntah Paus Bernilai RM1 Juta, Wanita Thailand Ini Bakal Jadi Jutawan

March 4th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Surat Thani, Thailand, seorang wanita berusia 49 tahun berjaya menemui muntah ikan paus seberat tujuh kilogram. Siriporn Niamrin tidak sangka akan menemui objek tersebut ketika dia berjalan di tepi pantai di Nakhon Si Thammarat selepas hujan lebat melanda kawasan itu.

Harga cecah RM1.05 juta

Kredit foto: Viral Press

Memetik laporan Mail Online, lebih mengejutkan lagi apabila dia mengetahui muntah ikan paus (ambergris) tersebut mempunyai harga mencecah sehingga 185,000 pound sterling (kira-kira RM1.04 juta).

Dia mengambil keputusan untuk mengambil ambergris tersebut untuk dibawa pulang ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari pantai. Muntah ikan paus tersebut belum dijual kepada sesiapa setakat hari ini.

Dijadikan bahan minyak wangi berjenama

Difahamkan, ambergris selalunya dijadikan sebagai bahan dalam pembuatan minyak wangi berjenama. Ia dikatakan sangat berharga dalam pembuatan industri minyak wangi dan kosmetik dunia.

Bagi memastikan ketulenan, dia bersama jirannya membakar muntah paus itu sehingga cair. Tidak lama selepas itu, muntah ikan paus berkenaan mengeras semula.

Saya gembira jika muntah paus ini dapat dijual dan hasilnya boleh digunakan untuk membantu komuniti. Jika ada pembeli saya akan menjualnya dan diharap dapat menjana jumlah wang yang besar.

Sumber: Mail Online, Newsroom Post

SKIP THIS AD ×