berita

‘Juri Ada Cita Rasa Mereka Tersendiri’ – Aishah Dedah Pernah Dapat 1/5 Markah Ketika Bertanding

August 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, viral di media sosial apabila komposer terkenal iaitu Ajai, telah memberi markah sebanyak 2 peratus kepada Dr Hafiz Zainal ketika konsert pertama Big Stage 2020.

Artikel berkaitan: ‘Sepatutnya Saya Nak Beri Markah Kosong, Tak Nak Cakap Dia Pekak Nada’ – Ajai

Di Instagram, penyanyi terkenal, Aishah, berpendapat bahawa markah penjurian yang disifatkan tidak masuk akal itu merupakan sesuatu yang normal dalam pertandingan nyanyian.

Saya akan dapatkan maklumat dulu

Hari ni dalam newsfeed I asyik lalu orang marah-marah ‘2% je,tak patut betul..’ dan macam2 lagi. I pun tertanya-tanya kes apa ni? Owh markah yang diberi oleh juri. Itu biasalah bila masuk pertandingan yang ada so called professional juri. Sebagai seorang yang dah boleh dikatakan banyak kali menyertai pertandingan menyanyi ni, salah satu dari perkara yang I akan dapatkan info dulu bila masuk pertandingan ialah ‘siapa juri?’ Hahaha dari line up juri tu I dah sedikit sebanyak boleh agak dah arah mana penghakiman itu akan pergi.

Kerana juri ni manusia, manusia yang dipengaruhi emosi,latar belakang yang berlainan dan paling penting juri ada cita rasa mereka tersendiri. Ada hari tak bertuah kita akan dapat juri yang memang tak suka style kita nyanyi, full stop.

Menurut Aishah, setiap juri mempunyai cita rasa dan cara penilaian mereka tersendiri. Tambahnya, dia akan mendapatkan maklumat mengenai barisan juri terlebih dahulu apabila memasuki mana-mana pertandingan.

Sing from the heart

Dalam tahun 1991, I pernah ke satu pertandingan peringkat ASEAN dengan lagu ‘Janji Manismu’ diadili oleh 5 orang juri. Markah penuh ialah 5. Tiga orang juri beri I markah penuh 5/5, seorang beri 3/5 dan juri terakhir beri I 1/5 hahah. 1/5 is 20% maybe a bit better than 2% but that was a real shock to my system! Betapa jauh dan berbezanya penilaian setiap juri, sedangkan tiga orang berikan 100% lulus dgn cemerlang ada yang failkan I horribly dengan 20% saja. But hey, its only one jury’s opinion, and he/she is entitled to his opinion. Anyway it is not the end of the world 30 years later I am still around in the game.

As long as we keep it real.Work hard, work smart, sing from the heart. Nak masuk pertandingan ni memerlukan satu set skill yang berlainan dari persembahan biasa, sebab itu ada masa kita lihat good singers bila masuk pertandingan tak berapa menyerlah,bukan kerana mereka tak boleh menyanyi tetapi mereka tak perhalusi skill bertanding. Nak belajar skills dan tip memasuki pertandingan sebegini hahahaha kena datang jumpa I, bawak ayam panggang sekor, baju sepersalinan, pulut kuning, pengeras dan lain-lain.

Sebagai seorang penyanyi, Aishah turut berkongsi kisah ketika bertanding di peringkat ASEAN. Ujar Aishah, ketika pertandingan tersebut dia pernah memperoleh 1 daripada 5 markah oleh seorang juri. Tambahnya, pada waktu itu tiga orang juri lain telah memberikan markah penuh buat dirinya. Namun, dia menganggap juri tersebut pasti mempunyai pendapat dan cita rasa tersendiri pada waktu itu.

Selain berkongsi kisah, Aishah turut memberi nasihat buat penyanyi di luar sana agar menyanyi daripada hati dan perlu bijak ketika bertanding. Jelasnya lagi, sesebuah pertandingan nyanyian memerlukan skil yang berlainan daripada melakukan persembahan biasa.

Sumber: Aishah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×