berita

Juri Indonesia, Singapura Dan Tempatan Bakal Adili AJL Ke-27

December 7th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sudah memasuki edisi ke 27, Anugerah Juara Lagu sememangnya dikenali dengan anugerah berpestij bagi penggiat industri muzik. Setiap tahun, anugerah ini sentiasa memperbaiki kualiti penjurian terhadap lagu dan siapakah juri yang layak dipilih.

Semalam, sebuah majlis diadakan bagi mengumumkan tema AJL ke 27 dan juga susunan lagu untuk penyanyi yang bakal membuat persembahan.

Namun kali ini, berbanding AJL musim yang lepas, pihak penganjur telah mengurangkan jumlah juri dari 15 orang ke 10 orang.

“Untuk penjurian AJL ke 27, kami dah mengenalpasti beberapa orang individu dari Singapura dan Indonesia termasuklah tempatan.”

Ditanya juri jenis bagaimanakah yang bakal mereka bawa turun, pihak penganjur menjawab, “Buat masa ini kami pilih juri yang ade kredibiliti. Sudah tentu bukan semua orang  akan puas hati. Tapi harapnya semua dapat menerima keputusan.”

Encik Izham Omar turut menambah, “Daripada kaji selidik yang kita buat, mereka (yang dipilih) tak ada kena mengena dengan mana-mana peserta AJL ke 27.”

Walaubagaimana pun, nama-nama juri yang dipilih tidak dapat mereka dedahkan kerana ianya masih dalam perancangan.

Dibawah ialah senarai susunan lagu AJL 27.

01: Bedroom Sanctuary – Lagu
02: Black feat. RJ – Teman Pengganti
03: Shila Amzah – Patah Seribu
04: Azlan ATT – Idola
05: Stacy – Pelangi Senja
06: Hafiz & Adira – Ombak Rindu
07: Amir Jahari – Tanpamu
08: Hafiz – Ku Akui
09: Yuna – Terukir Di Bintang
10: MOJO – Andai Ku Bercinta Lagi
11: Hazama feat. Amy Search – Simetri
12: Jimmy Palikat feat. One Nation Emcee – Anak Kampung

Kepada orang ramai yang mahu menyaksikan AJL27 di Stadium Putra Bukit Jalil, bolehlah mendapatkan tiket-tiket VIP ekslusif melalui Hot FM dan MyTV3. Manakala tiket-tiket percuma boleh didapatkan percuma di Balai Pengawal, Sri Pentas Bandar Utama pada tarikh yang akan diumumkan nanti.

SKIP THIS AD ×