berita

Jurugambar Kena Denda RM2500 ‘Simpan’ Video Lucah Kenalan Wanita Perancis

December 17th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang jurugambar sambilan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, apabila didenda memiliki video lucah kenalan wanitanya yang merupakan warganegara Perancis di dalam telefon bimbit.

Majistret M. Saravanan, menjatuhkan hukuman itu selepas jurugambar itu, Muhamad Danish Abdul Rahim, 23, mengaku kesalahannya atas tuduhan itu. Mahkamah Majistret turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Ambil kira video itu telah tersebar dalam laman sesawang lucah

Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan yang dipetik dari BERNAMA, jurugambar itu didakwa memiliki video lucah itu di dalam telefon pintarnya di sebuah kondominium di Taman Sri Endah, Cheras. Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi memohon hukuman setimpal kerana tindakan jurugambar itu telah mengaibkan mangsa. Pihak Mahkamah juga perlu mengambil kira video itu telah tersebar di dalam laman sesawang lucah.

Jurugambar itu yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman diringankan atas alasan dia harus membantu situasi kewangan ibu bapanya dan memohon maaf. Dia turut menyatakan penyesalan terhadap kesalahan yang telah dilakukan. 

Bagi kesalahannya itu, jurugambar itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda  RM2,500 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: BERNAMA.

SKIP THIS AD ×