berita

Jururawat HUSM Dilaporkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Siasatan Lanjut Sedang Dijalankan

December 16th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang jururawat wanita yang berkhidmat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, menjadi mangsa kematian baharu akibat Covid-19. Kematian itu menjadikan mangsa yang berusia 52 tahun itu korban yang keenam Covid-19 di negeri Kelantan.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu meninggal dunia pada jam 10.15 malam tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu. 

Sedih tidak dapat mengiringi jenazah ke liang lahad

Foto: Malaysiakini

Ahli keluarga mangsa tersebut juga berkata, arwah dimasukkan ke Hospital Perempuan Zainab II pada 7 Disember lalu dan disahkan positif Covid-19.

Kami sekeluarga reda atas pemergiannya, sudah ketentuan Allah. Cuma agak sedih dengan keadaan begini, tak dapat iringi arwah hingga ke liang lahad. Suami dan anak-anak arwah pun masih dikuarantin, apa pun kita ikut SOP yang ditetapkan

Menurut laporan yang dipetik dari Harian Metro, wanita itu didapati positif Covid-19 semasa melakukan kerja-kerja mengesan kontak rapat kluster Hilir yang berkaitan dengan HUSM. Jenazah mangsa dikebumikan jam 11 pagi tadi.

Ahli keluarga turut bersedih kerana tidak dapat mengiringi arwah hingga ke liang lahad. Seramai 20 orang yang hadir di tanah perkuburan itu termasuk daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri serta beberapa anggota keluarga. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihaknya dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik siasatan selesai.

Sumber: Harian Metro.

SKIP THIS AD ×