berita

Jurusolek Dedah MK K-Clique Minta Labuhkan Tudung Isteri – ‘Awak Pilih Lelaki Yang Betul Hajaar’

June 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, majlis resepsi perkahwinan penyanyi rap MK K-Clique bersama isteri, Siti Hajaar masih mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai di media sosial hingga hari ini.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kini Milik Siti Hajaar, Serah Mas Kahwin RM302 & Seutas Rantai Emas

Artikel Berkaitan: Noniswara Gembira Suami Dapat Menantu, Isteri MK K-Clique Rupanya Anak Tiri

Labuhkan tudung

Terbaharu, jurusolek kepada Siti Hajaar yang dikenali sebagai Nurul MF mendedahkan penyanyi itu memintanya untuk melabuhkan sedikit tudung yang digayakan isterinya sewaktu melangsungkan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, pada Sabtu lalu.

Kak, minta tolong labuhkan lagi tudung isteri saya – MK K-Clique.

Jurusolek berkenaan berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya @makeupbynurulmf, baru-baru ini.

Dalam pada itu, jurusolek tersebut turut menyifatkan Siti Hajaar sebagai wanita bertuah kerana dimiliki oleh lelaki yang tepat sebagai pasangan hidup.

Alhamdulillah, awak memilih lelaki yang betul Hajaar. Semoga Allah terus pelihara kalian berdua Mk dan Hajaar.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meninggalkan komen murni selain memuji peribadi serta akhlak Siti Hajaar yang disifatkan sebagai seorang wanita yang sopan.

Malah, ada juga segelintir netizen yang memuji tindakan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, yang berusaha menjaga aurat isteri tercinta.

Terdahulu, MK dan Siti Hajaar selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, pada 16 Jun lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×