berita

#Justice4Adib : Netizen Desak P Waytha Moorthy Bertanggungjawab & Letak Jawatan

December 18th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Anggota bomba yang menjadi mangsa rusuhan kuil, Muhammad Adib malam tadi disahkan telah meninggal dunia selepas tiga minggu bertarung nyawa. Di media sosial, orang ramai turut berdukacita dengan kehilangan perwira negara yang menjadi mangsa keganasan orang lain.

Artikel berkaitan : Selamat Tinggal Adib

Mereka turut mendesak Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan selepas membuat kenyataan menyalahkan polis dalam kejadian rusuhan baru-baru ini.

Kenyataan Waytha Moorthy isu rusuhan

#Justice4Adib

Menerusi laporan Berita Harian yang dikeluarkan 30 November lalu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendesak Waytha Moorthy meletakkan jawatan kerana didakwa gagal melaksanakan amanah yang ditugaskan dengan baik.

Di dalam insiden rusuhan kuil baru-baru ini juga, Waytha Murthy didakwa turut mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kerajaan wajib memberikan perlindungan secukupnya kepada keselamatan penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka, terutama dalam kes sensitif seperti ini.

Penjawat awam, seperti pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat wajib diberikan dan dijamin perlindungan keselamatan secukupnya oleh polis sebelum menjalankan tugas di lokasi sensitif seperti ini.

Waytha Moorthy terlalu sibuk melakukan pembohongan di luar negara, sehingga gagal menjalankan tugas sebagai menteri yang menjaga portfolio perpaduan.

Beliau langsung tak ambil peduli kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman sehingga menyebabkan kaum India merusuh dan bertindak liar.

Netizen desak Waytha Moorthy letak jawatan

Susulan kematian Muhammad Adib, netizen turut mendesak Waytha Moorthy bertanggungjawab dengan kenyataan menyalahkan polis yang dikeluarkannya. Mereka turut mahu beliau meletakkan jawatan dengan segera.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata kes kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian, Twitter , Facebook

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×